Kerana DAP Sanggup Belakang Ibu Sendiri

Share


Gambar Hiasan

PENGUNDI cina di Putrajaya hanyalah 219 orang (atau sekitar itu jumlahnya) sahaja, tapi lebih dari itu jumlahnya dapat dilihat memenuhi ceramah Mahathir dan beberapa penceramah lain di Putrajaya malam tadi – membayangkan bahawa semua yang datang itu adalah orang luar untuk menampakkan seolah Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan dan Mahathir 93 tahun, akan jadi Perdana Menteri semula.

Inilah yang dikatakan permainan persepsi, yang tak lapuk dimainkan setiap kali musim pilihanraya.

Apa pun bercakap tentang ceramah malam tadi, ada juga seorang penceramah yang bertanding di negeri lain atas tiket Pakatan tapi berkempen di Putrajaya.  Orang ini diketahui ramai sanggup membelakangkan ibu sendiri, keluarga sendiri, demi kecintaannya kepada DAP yang mengetuai Pakatan.

Ibunya berkempen untuk PAS di tempat mana dia bertanding (tiket parti lain), membuktikan kenyataan di atas.

Apa pun yang penting disini ialah politik Pakatan bukan sekadar mencanangkan kebencian sesama umat tapi memecah belahkan keluarga dalam masa yang sama.  Anak derhaka kepada ibunya, mengkhianati perjuangan bapa yang lama dan yang seperti itu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *