Drama yang tak boleh belah

DAP tunggu kaut untung lakonan gandingan D-R-A-M-A (Daim, Rafidah, Anwar, Mahathir, Azizah)

Akronim AIDS sangat popular lebih tiga dekad lalu ketika hangat pertembungan antara Team A pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Team B, diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Akronim itu merujuk kepada Anwar Ibrahim, Daim dan Sanusi (Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid) yang merupakan tiga panglima perang utama Dr. Mahathir.

Suatu ketika, AIDS bersama ketua mereka, Dr. Mahathir terpisah membawa haluan masing-masing, ada yang menumpukan perniagaan, ada merajuk dalam politik dan ada yang ke penjara kerana jeneral mereka sendiri.

Namun putaran alam, selepas 20 tahun, Anwar sudah kembali bersama Dr. Mahathir. Bukan sahaja Anwar sendiri, bahkan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sekali.

Dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini setelah lama meninggalkan politik, Daim kembali di pentas ceramah dengan menyertai kempen Dr. Mahathir bermula di Pendang.

Cumanya, atas takdir Allah, gandingan AIDS itu tidak lagi lengkap seperti tahun 1987.

Walau bagaimanapun, Dr. Mahathir mendapat pengganti dengan kemunculan Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dijangka bersama bekas ketuanya itu dan Daim malam ini di Melaka.

Ini menjadikan gandingan terbaru iaitu D-aim, R-afidah, A-nwar, M-ahathir dan A-zizah atau akronimnya DRAMA.

Kebetulan, drama kelima-limanya memang hebat, memang sesuai DRAMA. Bayangkan pernah bersama bergandingan, kemudian bergaduh, berperang dan kini kembali bersama.

Namun, perkembangan gandingan DRAMA ini usahlah pelik. Nak meloncat teruja pun buat sakit lutut sahaja. Terutama melibatkan hartawan Daim dan Rafidah yang kini mahu menjatuhkan balik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dah ada kawan yang bakal diangkat kembali sebagai Perdana Menteri walaupun sementara oleh Anwar dan Wan Azizah, maka usahlah pelik. Nak menumpang bahagia, macam biasa dilakukan sebelum ini.

Bak kata pepatah, jika berkawan dengan penjual haruman, pasti akan dapat tempias wanginya. Jika berkawan tukang besi, maka rasalah bahangnya.

Justeru, jika mereka kata semua ini untuk rakyat seperti pusingan U Daim dalam kritikannya kepada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), ingatlah, itu semua DRAMA.

Yang pasti, produser drama juga untung. Siapa? Tentunya DAP. – UTUSAN ONLINE

Gandingan Mahathir Azizah Bukti Melayu Boneka DAP

Leave a Reply