(Audio)50 rakaman dipercayai percakapan sulit DAP

Share

KUALA LUMPUR – Sekeping cakera padat yang didakwa mempunyai lebih 50 rakaman suara pemimpin DAP Pulau Pinang tentang pelebaran kuasa dan penghinaan terhadap polis dalam mesyuarat dalaman dibongkar.

Bekas Exco Pemuda Bersatu, Muhd Syazwan Ahmad Zainal berkata, ini adalah satu pendedahan bagaimana DAP hendak menguasai kawasan-kawasan yang belum dikuasai mereka.

Menurutnya, apabila Bersatu wujud dalam Pakatan Harapan, DAP menggunakan parti itu untuk mendapatkan pengaruh terutama di kawasan Umno dan BN yang majoritinya adalah Melayu.

“Mereka (DAP) menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk pecah pengundi Melayu.

“Di sini DAP terdesak untuk menggunakan parti lain untuk berkuasa dan taktik ini sebagai rakyat Malaysia harus mencegahnya daripada terus berlaku,” katanya pada sidang media di Taman Wangsa Melawati, di sini, hari ini.

Beliau mendakwa, terdapat pemimpin di DAP Pulau Pinang itu mengaku menyokong kongsi gelap selain menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana pembanterasan kegiatan kongsi gelap.

Katanya, ini adalah amat merisaukan apabila DAP terus kekal di Pulau Pinang dan kongsi gelap tumbuh bagai cendawan. Adakah mahu terus menyokong DAP?

“Saya cabar Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng), mengapa beliau selaku ahli politik menggunakan kaedah licik seperti ini untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Sesiapa sahaja pemimpin Harapan diminta tampil nafikan perkara ini,” katanya.

Mengulas sama ada telah serahkan rakaman suara itu kepada polis, Muhd Syazwan berkata, ia masih belum diserahkan.

“InsyaALLAH cakera padat ini akan diserahkan kepada polis untuk bantu siasatan,” katanya.

Sumber: – http://www.sinarharian.com.my/politik/50-rakaman-dipercayai-percakapan-sulit-dap-1.830176


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *