Perumahan SelangorKu sama dengan PR1MA?

Share


MB Selangor, Azmin Ali dalam laman facebooknya, membuat perbandingan antara SelangorKu dengan PR1MA. Dia menyatakan SelangorKu adalah rumah mampu milik, manakala PR1MA rumah mampu tengok.

PENJELASAN
Azmin Ali sepatutnya bandingkan projek perumahan SelangorKu dengan PPR, bukan PR1MA. Kerana harga, keluasan rumah dan kelayakan untuk kedua-dua projek ini hampir sama.

Kerajaan bawah YAB Dato Sri Najib Razak bukan saja laksanakan PR1MA, malah terdapat banyak projek perumahan untuk B40, golongan berpendapatan rendah. Seperti PPR, Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, Perumahan Awam DBKL, Rumah Bina Negara RISDA, dan Rumah Generasi Kedua Felda.

Manakala PR1MA dikategorikan rumah untuk M40, iaitu golongan berpendapatan sederhana. Selain PR1MA, projek perumahan untuk M40 adalah RumaWIP, PPA1M, Rumah Aspirasi Rakyat 1Malaysia dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang menyediakan banyak kategori projek perumahan, bukan terhad kepada 1 sahaja kerana keperluan dan kemampuan rakyat berbeza antara satu sama lain.

Diharapkan Azmin Ali dapat mengikut teladan dan contoh pemerintahan kerajaan persekutuan, kerana Selangor dan Pulau Pinang merupakan negeri teratas yang mempunyai rumah mewah tidak terjual.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *