Pengundi Cina Kedah kembali kepada BN

Share


Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menyangkal dakwaan bahawa pengundi Cina masih memihak kepada DAP sehingga boleh memberi kemenangan kepada gabungan pembangkang PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Malah, menurutnya, beliau yakin pengundi Cina dapat menilai kemajuan yang dibawa BN dan akan terus memberi sokongan padu dalam bentuk undi bagi membolehkan BN mengekalkan pemerintahan di negeri ini .

“Apa yang kita (BN) telah lakukan adalah untuk negara. tuduhan daripada mereka (pembangkang) itu sudah biasa tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan semua rakyat dan rakyat dapat merasai hasilnya sebab itu kita yakin pengundi Cina akan bersama BN,” katanya pada sidang akhbar selepas perjumpaan bersama Pertubuhan Cina di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa pengundi Cina masih memihak kepada DAP hingga memberi kemenangan kepada gabungan pembangkang PKR serta membolehkan parti itu memerintah negara. – UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *