Mulut manis DAP penuh racun sekadar berjanji bukan jaminan hal ehwal Melayu dan Islam akan terus terpelihara

Share

Demi memastikan gabungan pembangkang PKR memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), DAP akan menjanjikan apa sahaja termasuk menjulang perkara-perkara berkaitan Melayu dan Islam walaupun jelas janggal.

Parti itu tahu, PRU-14 merupakan halangan terakhir yang perlu dilepasi bagi melaksanakan agenda mereka dan ini seperti kata pepatah, lulus jarum, luluslah kelindan yang bermaksud apabila usaha pertama berhasil, usaha yang seterusnya akan berhasil juga.

Sebab itulah, DAP sedia berjanji mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera, menjaga kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Namun, adakah janji yang ditabur parti yang pernah digelar rasis oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ini boleh dijadikan jaminan bahawa perkara-perkara tersebut akan terus terpelihara sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan kelak?

Aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid berkata, untuk menilai komitmen mereka, rakyat tidak boleh menilai janji dan kata-kata sahaja, sebaliknya perlu melihat pelaksanaannya.

“Singapura adalah contoh jelas kerana walaupun bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan, namun pelaksanaannya tidak menunjukkan demikian.


“Malah, perkara-perkara sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera, bahasa Melayu serta agama Islam bukannya tidak boleh ‘diusik’ langsung kerana sejarah menunjukkan perkara berkenaan kuasa Raja-raja Melayu juga pernah dipinda.

“Semuanya boleh dilakukan dengan permainan politik licik oleh mana-mana pihak yang mahukannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Mengulas tentang kekuatan DAP dalam gabungan pembangkang PKR, Aidil yang juga seorang pengamal undang-undang berpendapat, ia akan bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti itu kelak.


“Jumlah kerusi yang dimenangi akan menentukan ‘kuasa rundingan’ yang dimiliki oleh mereka kelak,” katanya.

Setakat ini, DAP mempunyai 36 orang ahli Parlimen, jumlah yang tertinggi berbanding parti-parti lain dalam gabun-gan pembangkang PKR. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply