Hipokrasi Penentang GST

Share


oleh Ab Jalil Backer

Perkara paling saya bengang ialah kita berbincang hal GST punya panjang, akhirnya dia akan kata, saya tiada masalah, cuma fikir hal rakyat miskin.

Dia tak tahu kerajaan telah banyak membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah. Sebab itu mereka terus sokong Barisan Nasional.

Jika mereka prihatin hal rakyat miskin dan berpendapatan rendah tentu mereka akan sokong BN.

Kerajaan ini ada macam-macam skim untuk rakyat B40. Skim baik pulih rumah daif, ada skim makanan tambahan pelajar miskin, ada skim bantuan pekebun kecil, skim bantuan nelayan, Bantuan Rakyat 1 Malaysia, bantuan kebajikan masyarkat, skim Tekun, AIM, buku teks percuma, di Kuala Lumpur ada bas sekolah percuma untuk penduduk PPR dan banyak lagi.

Orang miskin juga disediakan klinik dan hospital dengan caj minima. Ada sekolah asrama untuk anak-anak luar bandar dan bantuan masuk sekolah setiap awal tahun.

Masalah kumpulan ini bila kena caj GST untuk bantu rakyat lain mereka meroyan macam orang gila. Simpati di mulut sahaja.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *