BERHADAPAN KOMENTAR SUBSIDI YANG MENYAKITKAN HATI

Share


oleh Ab Jalil Backer

“Dulu pun kerajaan bagi subsidi, kenapa sekarang dikurangkan. Dulu harga minyak murah saja tapi kerajaan masih boleh bagi subsidi.” – Pro-tun dan pro-Anwar.

Kenyataan di atas adalah lumrah apabila kita bercakap kerajaan terpaksa melakukan rasionalisasi subsidi.

Kadang-kadang sakit hati pun ada sebab untuk mengejek seperti di atas mudah, tapi untuk menjelaskan memerlukan kesabaran, masa dan fakta yang panjang lebar.

Apa yang mereka tidak faham,

1. Kenaikan Subsidi Kesihatan: Dulu penduduk Malaysia 20 juta, sekarang lebih 30 juta. Jumlah hospital, doktor dan jururawat bertambah berpuluh kali ganda untuk perkhidmatan hampir percuma ini. Kerajaan perlu mengambil peruntukan lain untuk membiayai kos ini.

2. Dulu kita hanya ada 8 buah universiti awam apabila kerajaan memberi biasiswa, pinjaman tanpa faedah. Sekarang kerajaan mempunyai 20 IPTA saja belum masuk IPTS dan Kolej Teknikal. Jika dulu kita mungkin peruntukkan 2 Bilion untuk 8 IPTA, sudah tentu sekarang kita perlukan lebih daripada itu untuk membiayai 20 IPTA. Itu belum dikira jumlah pelajar universiti yang bertambah berpuluh kali ganda. Jadi sangat tidak masuk akal anda mahu bandingkan keadaan dulu dan sekarang.

3. Zaman Mahathir berapa tong gas kita subsidi, zaman sekarang berapa tong gas kita subsidi? zaman Mahathir berapa juta liter petrol kita subsidi, sekarang berapa juta liter petrol. Janganlah main zaman Mahathir dan Najib ikut suka saja tanpa melihat kepada nilainya.

4. Ini mungkin menyakitkan hati tapi realiti. Pada zaman Tun Mahathir, beliau membina pelbagai kemudahan awam dan bangunan kerajaan secara PFI, ini termasuk Pusat Pentadbiran Putrajaya, Lebuh raya, ERL dan KLIA. Apakah maksud PFI? Maknanya anda bina sekarang, anda bayar pada masa akan datang dengan harga yang lebih tinggi.

Jadi siapa yang membayar sekarang? tentulah kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak. Saya tidak kata apa yang Tun Mahathir buat tidak betul. Beliau merancang pembangunan ekonomi negara tentulah berbuat semua itu. Cuma jangan bandingkan pemberian subsidi dulu dan sekarang.

Misalnya, dalam konsesi tol, bayaran meningkat berkali ganda setelah berpuluh tahun selepas pembinaan.

Jika zaman Mahathir, kerajaan mungkin hanya bayar 1 sen perkilometer untuk subsidi, zaman Najib Razak kerajaan mungkin perlu membayar RM 10 sen per kilometer.

Kesimpulannya memanglah zaman dahulu banyak subsidi sebab kos subsidi rendah. Sekarang kos subsidi sudah mencecah RM 40 bilion ringgit sudah tentu kerajaan kena buat keputusan mana yang lebih utama dan penting.


2 thoughts on “BERHADAPAN KOMENTAR SUBSIDI YANG MENYAKITKAN HATI

  • May 3, 2018 at 11:24 pm
    Permalink

    Biasalah madey kutty….bina apa pun yang membayar adalah generasi akan datang , dia tak mahu akui hutamg yg ditanggung hari ini kebanyakan adalah dari era dia….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *