Bagaimana Cukai SST (5%-15%) Pakatan, Boleh Menurunkan Harga Barang?

Share


DALAM manifestonya, Pakatan berjanji untuk menghapuskan GST dan mengembalikan semula SST.  Hari-hari dalam ceramah, kempen dan poster mereka dimana-mana, ada disebut tentang menghapuskan GST ini.

Tapi yang peliknya, Pakatan tidak langsung menyentuh tentang SST yang nak diperkenalkan balik ni – merujuk kepada manifesto 100 hari merekalah.

Rakyat curiga, kerana ketika GST (6%) dikatakan menjadi penyumbang kepada kenaikan harga barang dan kos sara hidup, bagaimana pulak SST yang kadarnya dari 5% hingga 15%, boleh menyumbang kepada penurunan kos sara hidup?

Tau mengira ke tak tau mengira?

Itu tak sebut lagi bagaimana SST ini hanya menguntungkan peniaga dan merugikan rakyat serta negara.  Rakyat membayar cukai yang telah diserap dalam harga barangan/perkhidmayam, tapi belum tentu lagi cukai itu dibayar kepada kerajaan atau tidak.

Tak hairan Mahathir masa jadi Perdana Menteri dulu, menghabiskan duit Petronas atau meminjam dari negara luar seperti Jepun untuk membiayai projek-projek mega sepanjang pemerintahannya seperti KLCC, KLIA, SIC Sepang dan sebagainya.  Manakala kutipan cukai korporat, lesen TV, saman dan lain-lain digunakan untuk membayar gaji kakitangan awam dan urusan kerajaan berkaitan.

Sebab itu kita kempen rakyat jangan jadi bodoh macam puak-puak ini.  Kebijakan (kalau ada) pada mereka, hanya digunakan untuk mengelirukan rakyat demi kepentingan sendiri semata-mata.



One thought on “Bagaimana Cukai SST (5%-15%) Pakatan, Boleh Menurunkan Harga Barang?

  • May 10, 2018 at 5:44 pm
    Permalink

    pulau pinang nk cuti hari sabtu
    setengah company kerja hari sabtu
    tak berbaloi……

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *