Mahathir Tak Terlibat Dalam Proses Perlantikan Najib Sebagai Perdana Menteri, Toksah Perasanlah

Share


MAHATHIR kembali mengulangi ‘kekesalannya’ dalam soal Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.  Kononnya dia tersilap memilih Najib yang dilantik menjadi Perdana Menteri pada April 2009.

Suka nak disebut bahawa Mahathir sama sekali tidak terlibat dalam soal memilih Najib sebagai Perdana Menteri.  Yang terlibat ialah Perdana Menteri sebelum beliau, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, DYMM YangDipertuan Agung pada waktu itu, UMNO dan BN.

Dimana yang Mahathir terlibat?  Dia bukan salah satu dari mana-mana komponen yang terlibat di atas, malah waktu Najib angkat sumpah jadi Perdana Menteri, Mahathir bukan ahli UMNO pun.  Dia “memilih” Najib macam mana?

Lepas Najib jadi Perdana Menteri baru Mahathir sertai UMNO semula.

Ini faktanya tapi sebagai seorang yang sudah nyanyuk, Mahathir akan tetap perasan dialah yang kononnya memilih Najib sebagai Perdana Menteri.  Ini jangan terkejut sangat sebab Mahathir memang ada penyakit tu, perasan.

Tak hairanlah kenapa Najib tak mudah menyerah kalah dengan Mahathir, tak macam Paklah.  Dalam kes Paklah, memang Mahathir yang memilihnya sebagai Perdana Menteri sedangkan dalam soal perlantikan Najib, Mahathir tidak sama sekali.


One thought on “Mahathir Tak Terlibat Dalam Proses Perlantikan Najib Sebagai Perdana Menteri, Toksah Perasanlah

  • May 3, 2018 at 9:53 pm
    Permalink

    Orang Tua ni semakin nyanyuk. Dia berada dalam alam fantasi, masih berfikir dia PM. Inilah perangai mereka yang memegang kuasa terlalu lama melalui tipu dan pembohongan. Memang dia mengalami sindrom perasan, berasa diri dia masih releven dan penting. Dia sengaja melupakan kemusnahan dan pencabulan yang dilakukannya terhadap segala institusi kerajaan semasa jadi PM dulu yang sangat sukar dipulihkan hingga hari ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *