GST (BN) Lebih Rendah Dari SST (Pakatan), Ada Bantahan?

Share


 

MUKHRIZ semalam memfitnah lagi bila mendakwa kerajaan BN hari ini akan menaikkan GST kepada 9% selepas PRU14 berakhir dan kemenangan berpihak kepada BN.  Padahal baru saja semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan kadar GST tidak akan dinaikkan.

Itu satu hal lah, satu hal lagi, apa Mukhriz tak sedar ka yang manifesto Pakatan nak perkenalkan semula SST tu bermaksud harga barang akan lebih tinggi (hasil kerajaan menjadi rendah) kerana kadar SST yang kita tahu paling tinggi ialah 20%.  Dahlah peratusnya tinggi dari GST, peniaga tidak boleh menuntut balik input cukai untuk consumer product .

Maklumat lanjut mengenai keburukan SST yang nak diperkenalkan semula oleh Pakatan ini adalah seperti penerangan tokoh Pakatan dibawah:-

Tapi apa pun, yang jelas. Pakatan dok sibuk bantah GST tapi dalam masa yang sama nak kenakan semula SST yang peratusan cukainya lebih tinggi dari GST, mana akal puak-puak ni letak pun kita tak tahu.

Ia samalah seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor dalam soal harga rumah sekarang.  Kenapa dua kerajaan negeri Pakatan itu tidak mampu menawarkan rumah kos rendah setelah 10 tahun memerintah, kerana dalam masa yang sama mereka mengenakan pelbagai cukai yang tinggi untuk tujuan perumahan.

Selain harga tanah yang dijual pada harga premium waima tanah bekas paya atau bekas lombong.

Inilah juga yang akan berlaku kepada harga barangan bila SST diperkenalkan semula oleh Pakatan.  Tidak hairan kenapa sehingga sekarang (lagi 1 minggu sebelum pilihanraya) Pakatan tidak berani mendedahkan berapa kadar SST yang mereka akan kenakan KALAU dapat jadi kerajaan di peringkat persekutuan.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *