Apakah Mahathir dan Daim Rancang Untuk Cetuskan Huru-Hara Seperti 1969?

Share


Oleh Amin Yatim

Sejak Parlimen dibubarkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mula membuat pelbagai kenyataan yang cuba membajar emosi dan menimbulkan kemarahan rakyat sama ada di kalangan penyokong beliau dan juga pihak lawan.

Apakah beliau merancang untuk mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara ini seperti mana beliau dan DAP lakukan dalam Plihan Raya Umum 1969?

Tragedi 13 Mei 1969 bermula lebih awal dari keputusan Pilihan Raya Umum tahun tersebut. Ini berikutan dalam kempen pilihan raya 1969 Mahathir memainkan unsur perkauman secara terbuka biarpun bertanding atas tiket Perikatan. Dalam kempennya di Parlimen Kota Setar, beliau secara terbuka membuat kenyataan tidak memerlukan undi kaum Cina.

Ini bukan sahaja mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan parti komponen Perikatan tetapi juga kaum Cina keseluruhan.

Laungan Mahathir ini menyebabkan orang Cina menyokong DAP dan Gerakan. Apabila MCA kalah teruk, Mahathir terus mengapikan dengan menyatakan MCA tidak lagi layak mewakili kaum Cina dan tidak seharusnya ada wakil Cina dalam kabinet.

Kemudian DAP pula berperangai haram jadah dengan melakukan perarakan terbuka. Akhirnya tercetuslah tragedi 13 Mei 1969. Mahathir kemudian dengan pantas mencuci tangan dan menulis surat terbuka memburukkan Tunku Abdul Rahman pada 17 June 1969.

Hari ini Mahathir mahu mewujudkan keadaan yang sama. Mahathir tahu beliau akan kalah dalam pilihan raya umum ini. Beliau hanya menerima sokongan kaum Cina yang bila-bila masa boleh berpusing mengikut keuntungan mereka.

Sokongan Melayu kepada Mahathir tidak sehebat Anwar Ibrahim pada 1999. Tanpa sokongan Pas, Mahathir hanya bergantung sokongan kepada kumpulan pengundi yang taksub kepadanya dan generasi muda yang tidak mengenalinya.

Kemungkinan Mahathir akan kalah di Parlimen Langkawi agak tinggi walaupun beliau nampak seperti calon popular di sana. Kemungkinan Pakatan akan menang dalam Pilihan Raya umum amat tipis.

Justeru jalan terakhir Mahathir apabila terdesak dan hilang sokongan ialah mencetuskan kekacauan. Harapan beliau mahu menjatuhkan Najib Razak ialah melalui kekacauan dan memaksa kerajaan mengisytihar Darurat.

Minggu lalu beliau mendakwa pesawat peribadi sewaan beliau telah disabotaj bagi tujuan menghalang pencalonan beliau di Langkawi. Malah Mahathir mendakwa mungkin juga bertujuan mendatangkan kematian kepada beliau.

Apakah tujuan kenyataan ini jika bukan untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu dan rakyat negara ini keseluruhan?

Mahathir salah ukur baju di badan sendiri. Mahathir ingat beliau sepopular Anwar Ibrahim pada 1998.
Malangnya, Mahathir hanya dikelilingi kroni-kroni yang kaya raya. Anwar dulu dikelilingi kroni kaya dan pejuang rakyat. Sebab itu Anwar mampu mencetus gelombang reformasi, Mahathir hanya air berkocak dalam cawan.

Barisan Nasional bernasib baik kerana peranan media sosial yang meluas dan media perdana bukan di bawah kawalan Mahathir lagi. Maka dengan pantas kerajaan boleh mengumumkan hasil siasatan yang menunjukkan ia adalah kerosakan biasa dan telah dikenal pasti oleh syarikat yang menyewanya.

Kewujudan internet juga membolehkan syarikat pemilik jet tersebut membuat kenyataan segera menafikan dakwaan Mahathir. Bayangkan jika pembohongan Mahathir ini dilakukan pada 1969 atau seperti mana Tengku Razaliegh difitnah memakai salib dalam pilihan raya umum 1990 ketika Mahathir mengawal media massa.

Selepas penipuan tersebut terbongkar, Mahathir seterusnya mengapi-apikan orang Melayu dengan menyatakan beliau mendapat sokongan terbesar kaum Cina dalam pilihan raya kali ini.

Apakah tujuannya? Ia bertujuan supaya ada pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan akhirnya mewujudkan ketegangan antara kaum. Malangnya UMNO mengabil sikap tidak peduli kenyataan Mahathir. UMNO mmebiarkan Mahathir dengan tari sumbangnya.

Hari ini Mahathir menulis surat terbuka lagi. Sepucuk surat terbuka ditujukan kepada Ahli UMNO menuduh Presiden mereka sebagai dengan pelbagai tuduhan yang beliau sendiri tiada bukti.

Sepucuk surat lagi kepada Tentera dan Polis agar tidak mengikut perintah kerajaan dan memohon jangan diapa-apakan rakyat jika berlaku darurat.

Jika anda lihat rentetan kenyataan Mahathir ini beliau cuba memainkan emosi rakyat supaya melakukan kekacauan. Cuma pertanyaan kita apakah kroni Mahathir seperti Daim Zainuddin dan Mokhzani Mahathir akan membiayai agenda jahat ini jika ada? Cukuplah Mahathir!-MYKMU.NET

KOMEN ALMARHUM TUNKU KE ATAS PERBUATAN MAHATHIR

Seorang daripada itu ialah Mahathir sendiri, dia buat satu surat kepada saya. Tapi diedar beratus ribu salinannya kepada semua orang. Er… tentera-tentera, polis, orang-orang kebanyakan ni, diedarkan. Dan dimaki saya dalam itu dengan berbagai-bagai perkataan.

Saya ini dibenci oleh semua orang Melayu, dibenci oleh pegawai-pegawai kerajaan, dibenci oleh askar Melayu, dibenci oleh polis dan sebagainya. Di sini nampaknya nak, caranya, tujuannya nak bagi orang semua-semua benci kepada saya. Buang saya dan ubahkan penmerintahan Malaya ini.

Dia kata saya ini pro-Cina, saya berjuang begitu lama, begitu susah, dan begitu payah, susah-payah, adakah dengan untuk mengangkatkan Cina? Ini semua untuk nak bagi tempat dalam negeri ini kepada orang Melayu.

Itu tujuan saya yang berjuang ini. Dia kata saya pro-Cina, saya buat itu bagi Cina, macam-macamlah dia kata. Jadi ditunjuk di situ khianatnya.

Dr. Ismail masa itu dia jadi Pengerusi Guthrie. Dia berhenti. Tapi apabila dia dengar kejadian itu, dia letakkan jawatan Guthrie, pengerusi. Masuk balik dan saya angkat dia jadi, apa nama…Menteri Dalam Negeri. Jadi dialah ambil tindakan atas Mahathir ni.

Tapi tak adalah buat apa-apa, Cuma pecat daripada UMNO sahaja. Kalau dia (Mahathir) sendiri, tentu dia buat macam sekarang ini, bubuh dalam penjara. Masuk tahan orang itu, tahan orang ini. Tahan suratkhabar-suratkhabar.”



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *