PM umum tambahan RM60 j kepada Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso

Datuk Seri Najib Razak

Perdana Menteri bersetuju menambah peruntukan bayaran interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sebanyak RM60 juta lagi kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang menjadikan pe-runtukan keseluruhannya RM182 juta.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan tambahan peruntukan ini, kadar bantuan interim kepada pekerja di bawah sistem itu akan ditingkatkan iaitu RM1,000 pada bulan pertama, RM800 (kedua) dan RM600 pada bulan keti-ga.

“Peruntukan tambahan itu bagi meringankan beban pekerja yang hilang pekerjaan.

“Kadar bantuan ini diberikan bagi membantu penerima bantuan interim untuk mengikuti program latihan bagi meningkatkan keupayaan bekerja mereka,” katanya sewaktu berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja 2018 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),Datuk Abdul Halim Mansor dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.

Tambah Perdana Menteri, kerajaan juga mengumumkan pemberian geran khas kepada MTUC pada tahun ini sebanyak RM3 juta.

Malah, katanya, terpulang kepada kesatuan itu untuk mengagihkannya demi kemakmuran sektor swasta.

“Insya-Allah, jika selepas 9 Mei ini, saya boleh tambah lagi peruntukan itu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Rakyat perlu berbelanja dan sokong pelancongan domestik bagi rancakkan ekonomi negara

 

Kemenangan Semakin Pasti, BN Beri 3 Manfaat Tambahan

Perkeso tidak beri dialisis percuma lagi?

Leave a Reply