Calon Tertinggal Pas SPR, Kapal Terbang Bukan Alasan Tidak Boleh Dicalonkan

Share

Oleh Ab Jalil Backer

Drama minggu ini ialah Parti Keadilan Rakyat mendakwa calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamluddin telah berkomplot dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk menghalang calon mereka Dr. S. Streram dari menyerah borang pencalonan dalam masa yang ditetapkan.

Dr. S. Streram gagal menyerah borang pencalonan untuk mencabar Mohamad Hassan setelah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan kerana gagal mengemukakan Pas Calon yang dikeluarkan oleh SPR. Hanya mereka yang mempunyai Pas calon dan Pas SPR dibenarkan masuka dalam dewan pencalonan.

Sebenarnya ia tidak sepatutnya menjadi masalah jika calon tidak dapat masuk kerana gagal mengemukakan pas.

Berdasarkan peraturan perjalanan pilihan raya 1981 perkara 6 (2), kertas penamaan mesti diserahkan kepada pegawai pengurus di tempat penamaan antara pukul 9 hingga 10 pagi.

“Borang penamaan itu boleh diserahkan oleh calon dan pencadang dan penyokongnya atau oleh mana-mana dua atau mana-mana seorang daripada mereka. Ini bermaksud tiga-tiga boleh hadir, berdua pun boleh dan kalau calon nak datang seorang pun boleh.

Jadi jika calon tidak ada pas masuk kenapa pencadang dan penyokong beliau tidak masuk menyerah borang pencalonan?

Mustahil ketiga-tiga mereka tidak membawa pas masuk kecuali mereka sudah merancang sesuatu. Mereka tahu akan kalah dan hanya mahu mewujudkan kontroversi dan simpati.

Dalam keadaan yang sama tidak timbul isu calon ketinggalan kapal terbang maka tidak boleh daftar sebagai calon.-MYKMU.NET

Leave a Reply