UMNO TIDAK SAH? RAIS SEMAKIN GILA

oleh Ab Jalil Backer

1. Rais Yatim elok keluar sahaja dari UMNO, lebih tepat elok dipecat. Beliau sedang merosakkan UMNO dari dalam namun tiada sesiapa pun di Pejabat Perdana Menteri hendak bertindak? Mengapa beliau masih mengekalkan jawatan Penasihat Perdana Menteri?

2. Hari ini beliau mempersoalkan legitimasi UMNO sebagai sebuah pertubuhan. Jika Rais Yatim hendak tahu kedudukan Pemilihan UMNO, beliau boleh sahaja menghubungi Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk bertanya. Malangnya beliau memilih untuk mengkritik dan bertanya di media sosial.

3. Untuk pengetahuan Rais Yatim, Tengku Adnan telah pun beberapa kali memaklumkan kepada umum bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memberi kebenaran untuk menangguhkan pemilihan UMNO sehingga selewat-lewatnya April 2019 berdasarkan surat bertarikh 31 Oktober 2017.

4. Ini dibuat oleh ROS melalui Akta Pertubuhan 1966 dan kuasa tambahan (residual powers) di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966, yang memberi kuasa untuk ROS membenarkan perlanjutan masa kepada UMNO.

5. Katakanlah Rais tidak mahu menerima semua penjelasan tersebut. UMNO masih parti yang sah kerana prosedur pembubaran parti tersebut belum dilakukan. Sehingga ia diisytiharkan bubar, UMNO kekal sebuah organisasi yang sah walau apa kesalahan atau kegagalan ia mematuhi peraturan pun.

6. Sesebuah pertubuhan tidak boleh terbubar sendiri. Jadi selagi tidak bubar, selagi itulah ia sebuah pertubuhan yang sah.

7. Barisan Nasional gabungan banyak parti telah didaftarkan sejak berpuluh tahun lalu. Ia tidak terbubar jika ada salah satu pertubuhan di dalamnya terbubar.

8. Ini berbeza dengan pakatan Harapan yang belum didaftarkan. ROS tidak boleh mendaftar kerana salah satu pertubuhan yang terdapat dalam permohonan tersebut sedang berhadapan pembubaran.

9. Dari segi pilihan raya, yang bertanding adalah Barisan Nasional bukan UMNO. Jadi sama ada UMNO sah atau tidak, ia tidak relevan dalam penentuan calon pilihan raya Barisan Nasional. Ia sama sahaja macam calon DAP, PAN dan PPBM menggunakan logo PKR.

10. Kedudukan Perdana Menteri juga tidak terjejas kerana pemilihan Perdana Menteri bukan berdasarkan keahlian parti atau kedudukan dalam parti. Ia berdasarkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan perkenan Yang Di Pertuan Agong.

3 thoughts on “UMNO TIDAK SAH? RAIS SEMAKIN GILA

  • April 19, 2018 at 4:10 PM
    Permalink

    Rais Yatim dengan Rafidah..dah tua pun bodoh..buat homework dulu sebelum melancang mulut di laman sosial. Kalau nak sokong Tun M baik keluar Umno saja.

    Reply
  • April 20, 2018 at 9:28 AM
    Permalink

    Rais Yatim ni dah jadi tong kosong, bunyi berdegar-degar tapi tak merdu buang je phd tu. Tak kan UMNO bodoh benar tak membuat kajian undang2 sebelum membuat sesuatu keputusan. memalukan semua orang NS. Nanti tak pasal2 cerita buruk dia keluar balik. Joinlah madey klu dah tak suka UMNO

    Reply
  • April 23, 2018 at 12:08 PM
    Permalink

    ROS rujuk 10.17 tu perlembagan parti tupperware ke? Ujud ke 10.17 dalam perlembagaan UMNO..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.