Rumah Mampu Milik: BN Janji Harga RM 40 Ribu, Pakatan? RM 400 Ribu

MANIFESTO BN untuk Pulau Pinang menjanjikan rumah mampu milik berharga RM 40 ribu sahaja.  Sebanyak 65,000 unit akan dibina dalam tempoh 5 tahun yang akan datang kalau rakyat negeri itu memilih untuk kembali kepada BN.

Dah tentulah bagi yang tak ada rumah lagi, janji semacam ini merupakan hadiah untuk mereka.  RM 40 ribu rumah zaman hari ini mana nak dapat, lagi-lagi kalau harapkan rumah yang dibina tanpa insentif dari kerajaan.  Hanya kerajaan BN yang mampu berikan itu.

Berbanding dengan kerajaan Pakatan yang turut membina rumah mampu milik tapi dijual pada harga RM 400 ribu, gila apa rumah mampu milik RM 400 ribu?

Macam itulah cara Pakatan temberang kepada mereka yang cukup bodoh untuk percayakan mereka.  Janji buat rumah mampu milik, dan ya mereka buat tapi harganya, hanya mampu tengok.  Kita bimbang dalam soal BR1M ini pun macam itu juga, janji nak teruskan BR1M tapi nilainya berkali ganda rendah dari yang dijanjikan kerajaan BN – RM 2,000.

Taktik yang macam ini dah banyak kali dah kita tengok.  Contoh macam Azmin janji nak bagi bonus 3 bulan kepada kurang 20,000 orang penjawat awam Selangor, rupanya duit raya yang diumumkan awalnya, itu adalah sebahagian dari 3 bulan yang dikatakan.

Hidup-hidup kena kencing.

Tak deliver takpe tapi jangan tipu rakyat.  Masalah dengan Pakatan ialah mereka cakap banyak, buat banyak tapi hampir semuanya tak sampai kepada golongan yang memerlukan, contohnya macam perumahan rakyat inilah.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

One thought on “Rumah Mampu Milik: BN Janji Harga RM 40 Ribu, Pakatan? RM 400 Ribu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.