Ringkasan Isu Politik #PRU14 (Bahagian 2) – Tohmahan Ke Atas 1MDB.

Oleh Ab Jalil Backer

1. Terlalu panjang untuk ditulis semula mengenai 1MDB. Ini kerana pelbagai isu dilontarkan secara semberono oleh pakatan pembangkang. Mereka melontar jala ke serata tempat dengan harapan ada ikan yang sangkut. Hakikatnya mereka tidak tahu pun ada ikan atau tidak.

2. Pertama kita perlu ingat tuduhan 1MDB kehilangan wang sebanyak RM52 bilion dan kemudiannya RM42 bilion adalah satu penipuan. 1MDB tidak mempunyai tunai sebanyak itu. Modal asalnya hanyalah RM1 juta.

3. RM42 bilion yang disebut oleh Tun Mahathir Mohamad ialah hutang 1MDB.

4. Namun 1MDB tidak hutang tunai. Mereka hutang membeli aset dan pembiayaan projek melalui Sukuk. Hutang pembelian aset macam kita hutang beli rumah. Kita tidak dapat duit tunai tetapi dibayar terus kepada penjual. Jika 1MDB tidak dapat tunai sebanyak itu, bagaimana ia boleh hilang sebanyak itu? Saya akan sertakan gambarajah dalam komen di bawah)

5. Jadi mengapa anda mahu percaya orang yang menipu bahawa sejumlah RM42 bilion wang 1MDB telah hilang? Jika orang ini sanggup menipu secara terang-terangan membabitkan jumlah yang begitu besar, apakah beliau tidak akan menipu hal lain?

6. Kemudian timbul isu Peguam Negara US dan Jabatan Kehakiman US yang memfailkan saman ke atas empat individu dua dari Malaysia dan dua dari UAE kerana didakwa terbabit dalam penggubahan wang haram hasil penyelewengan 1MDB.

7. Saya tidak tahu sama ada ia benar atau masih merupakan satu tuduhan semata-mata. Ia terserah kepada Hakim di Amerika Syarikat menentukan. Sehingga hari ini masih belum ada perbicaraan mengesahkan semua bukti-bukti yang dikemukakan itu benar dan betul.

8. Namun apa yang perlu kita ingat ialah, tuduhan-tuduhan ini membabitkan sebuah syarikat bernama Aabar BVI.

9. 1MDB melabur dalam Aabar BVI berdasarkan perakuan IPIC ketika itu bahawa ia adalah anak syarikat mereka yang ditubuhkan untuk menguruskan pelaburan 1MDB. Hanya beberapa tahun selepas pelaburan dibuat, (iaitu pada 2016) IPIC menafikannya.

10. Mustahil IPIC tidak sedar sebelum ini kerana perjanjian pelaburan tersebut dibuat dengan liputan meluas media antarabangsa.

11. Nama pemegang saham dalam Aabar BVI juga adalah nama dua orang pengarah utama IPIC iaitu Khadem Al Qubaisi, (Pengarah Urusan IPIC) dan Mohamed AL-Husainy, Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Pjs (sebuah lagi anak syarikat IPIC). Nama kedua-dua mereka tertera dalam syarikat Aabar BVI. Nama kedua-dua mereka juga tertera dalam dokumen saman DoJ.

12. Justeru jika Jho Low atau sesiapa sahaja menyalahguna wang 1MDB yang telah dilaburkan dalam salah sebuah anak syarikat IPIC ia adalah skandal IPIC, bukannya 1MDB.

13. Tindakan IPIC memecat dan membekukan akaun Khadem dan Mohamed dengan jelas membuktikan kedua-dua mereka adalah orang yang bertanggungjawab terhadap dakwaan dan tuduhan penyelewengan ini.

14. 1MDB sebagai syarikat yang melabur tidak boleh dipertanggungjawabkan atas penyelewengan membabitkan pelaburan mereka yang diurus oleh IPIC.

15. Jadi apa yang DOJ katakan sebagai skandal 1MDB boleh sahaja dikatakan sebagai SKANDAL IPIC. Ini kerana yang menjadi pertikaikan ialah pelaburan 1MDB ke dalam “anak syarikat IPIC”, Aabar BVI.

16. Ramai yang tidak sedar bahawa 1MDB menjadi kontroversi kerana ia didokongi oleh banyak pihak yang mempunyai kepentingan, bukan kerana penyelewengan itu bermula dengan mereka.

17. Pihak satu ialah mereka yang mahu menjatuhkan Najib Razak. Orang seperti Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai “jaringan media antarabangsa” yang kuat. Mereka sanggup bayar pelobi antarabangsa dan menghantar pelobi sini untuk ke seluruh dunia melobi membesarkan isu ini.

18. Pihak kedua ialah IPIC sendiri. IPIC sedaya upaya meletakkan kesalahan ini atas 1MDB. Ini kerana mereka tidak mahu membayar RM 3.5 bilion pelaburan 1MDB yang diurusnya.

19. Pihak ketiga ialah Peguam Negara US. Beliau tidak menjadi popular jika siasatan setakat IPIC dan membabitkan dua orang pegawai kanan mereka yang telah dipecat. Maka kenalah sebut 1MDB dan Najib Razak bagi selari dengan kehendak berita sensasi media antarabangsa.

20. Bagi 1MDB mereka tidak kehilangan apa-apa aset atau kewangan kerana berpegang bahawa pelaburan dalam Aabar BVI adalah keputusan perniagaan yang sah antara 1MDB dengan IPIC.

21. Mengapa 1MDB harus mengaku mereka kehilangan wang sedangkan yang hilang wang adalah IPIC menerusi pegawai-pegawai mereka yang korup? Tidak penting sama ada ia membabitkan Jho Low atau Riza Aziz (baca betul-betul, Riza Aziz bukan Riza Najib).

22. Apa yang DOJ katakan sebagai skandal 1MDB boleh sahaja dikatakan sebagai SKANDAL IPIC. Ini kerana yang menjadi pertikaikan ialah pelaburan 1MDB ke dalam “anak syarikat IPIC”, Aabar BVI.

23. Namun keadilan akan mengambil masa. Sementara itu apakah kita akan menjatuhkan sebuah kerajaan yang memakmurkan negara ini hanya kerana gosip dan tuduhan yang belum pasti?

One thought on “Ringkasan Isu Politik #PRU14 (Bahagian 2) – Tohmahan Ke Atas 1MDB.

  • April 19, 2018 at 3:57 PM
    Permalink

    Bijak sekali penulus ini.
    Menjelaskan isu dengan cara yang amat bijak dan ringkas.
    Syabas..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.