Rais Yatim dan Dosa

oleh Ab Jalil Backer

1. Tan Sri Rais Yatim bertanya saya, adakah berdosa beliau meminta MT UMNO ke mahkamah untuk memohon pengesahan sama ada UMNO masih sah atau tidak.

2. Saya tidak boleh menentukan dosa pahala seseorang dari sudut agama.

3. Cuma jika pertanyaan itu dikemukakan tanpa nama Rais Yatim di hadapannya, saya akan anggap ia pertanyaan orang gila dan nyanyuk.

4.UMNO mendapat kelulusan RoS untuk menangguhkan pemilihan sehingga April 2019. Jadi apa bodoh UMNO hendak ke Mahkamah mendapat pengesahan kelulusan tersebut?

5. Boleh Rais tunjukkan kepada saya mana-mana peraturan dan undang-undang yang mengkehendaki sesebuah pertubuhan perlu mendapat pengesahan Mahkamah atas keputusan Pendaftar Pertubuhan? Saya pasti tidak ada.

6. Kita hanya ke Mahkamah jika tidak berpuas hati dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan. Jika kita berpuas hati mengapa perlu buang masa dan wang untuk ke Mahkamah?

7. Nasib baik Rais Yatim bukan seorang pengamal undang-undang. Jika tidak berapa banyak anak guam beliau terpaksa membayar lebih hanya kerana beliau mahu mendapat pengesahan Mahkamah atas keputusan yang sudah menguntungkan anak guamnya.

8. Anjing pun tidak akan menggigit jari mereka yang memberi makan. Ahli UMNO boleh buat andaian sendiri di mana tahap Rais Yatim ini.

2 thoughts on “Rais Yatim dan Dosa

  • April 20, 2018 at 3:20 PM
    Permalink

    meluat & mengada-ngada betul perangai rais ni begitu juga dengan pidah, rasa macam nak bagi panggg 2 ekor ni!

    teruskan buat perangai lebih suar lagi jadi lembu kena cucuk hidung peliharaan tua kutuk madey kalau nak cepat kena sepak keluar dari parti

    Reply
  • April 20, 2018 at 8:35 PM
    Permalink

    Bila dia bermadah bukan main lagi tinggi bahasanya berhati budi sangat gayanya,tapi rupanya dalamnya berlainan rupa.Masa ada kuasa dalam Umno dia buat dek aja ,tapi bila dah taka da tempat istimewa,dia mula tunjuk ‘hati budi ‘ sebenarnya.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.