PM hadir majlis solat hajat sempena PRU-14

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke majlis solat hajat dan bacaan Yasin Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Surau Ar Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Majlis tersebut diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom merangkap Ketua Biro Agama UMNO.

Menurut Jamil Khir, majlis itu diadakan bertujuan memohon kelancaran sepanjang tempoh PRU-14.



“Kita pohon moga BN diberi kemenangan dan kembali memerintah pada PRU-14 kali ini,” katanya dalam satu ucapan ringkas sebelum majlis tersebut dimulakan.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha. – UTUSAN ONLINE.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.