Pengecualian GST untuk projek ECRL

oleh Ab Jalil Backer

Untuk melaksanakan projek ECRL kerajaan telah membuat pinjaman berkadar faedah rendah (soft loan) sebanyak RM55 bilion dari China. Kos ini tidak termasuk GST.

Sekiranya projek ini dikenakan GST, maka pembinaan keretapi pantai timur ini akan mendapat kos tambahan sebanyak 6% iaitu lebih kurang RM3.6 bilion.

Siapa yang bayar RM3.6 bilion ini? Kerajaan selaku pelanggan. Bayar kepada siapa? Kepada Syarikat CCC Sdn Bhd. Syarikat ini kemudiannya akan bayar semula kepada kerajaan iaitu kepada Kastam.

Dengan pengenaan GST, kerajaan perlu menambah pinjaman sebanyak RM3.6 bilion lagi. Ini akan menyebabkan jumlah pinjaman dan faedah akan meningkat.

Katakan soft loan tersebut berkadar 2% setahun. Berapakah jumlah faedah tambahan untuk RM3.6 bilion setahun? Ia sekitar RM70 juta setahun. Ini boleh kerajaan elakkan dengan hanya memberi pengecualian GST.

Jika projek ini tidak dikecualikan GST, syarikat terbabit akan menyimpan duit GST tersebut selama beberapa bulan sebelum membayar semula kepada kerajaan. Siapa yang untung?

Adalah bangang untuk kerajaan menambah jumlah pinjaman untuk bayar GST, yang akhirnya masuk dalam kantung kerajaan sendiri, tetapi dalam masa yang sama perlu membayar kadar faedah tambahan dalam pinjaman tersebut.

Selebihnya, adalah tidak benar pengecualian GST ini menguntungkan syarikat terbabit. Ia sebenarnya menguntungkan kerajaan.

Kedua adalah tidak benar hanya syarikat terbabit mendapat pengecualian GST. Syarikat tempatan pun ada yang mendapat pengecualian seperti itu.

2 thoughts on “Pengecualian GST untuk projek ECRL

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.