Khinzir Tukar Nama Lembu, Tetap Khinzir

APABILA Mahathir bertanya sama ada babi yang disembelih dengan menyebut nama Tuhan halal dimakan atau tidak, dia sebenarnya sedang memberikan indikasi bahawa dalam PRU14 ini juga Pakatan Harapan yang dipengerusikannya (tapi diketuai DAP) akan melakukan benda yang hampir sama juga.

Iaitu semua parti pembangkang dalam Pakatan (DAP, Bunga, PAN), guna lambang PKR – ini yang sebenarnya Mahathir maksudnya dengan kenyataan itu.

Sebab ramai macai Pakatan yang menyokong cakap Mahathir itu, maka Mahathir berilusi bahawa itulah dia kemahuan rakyat dan diakhirnya bersetujulah dia menggunakan lambang PKR – parti yang diasaskan dari kezalimanannya terhadap Anwar dulu.

Ini sebenarnya akal untuk menipu orang Melayu agar mengundi DAP sebab menyangkakan mereka sedang memangkah PKR.  Pembangkang akan buat apa sahaja kali ni untuk mendapatkan undi Melayu, sebab itu di Sabah dan Sarawak lambang DAP tetap digunakan pasal Melayu tak ramai disana.

Nanti habis pilihanraya masing-masing baliklah ke parti masing-masing dan guna lambang roket semula.

Jadi kita nak ingatkan orang Melayu ni bahawa jangan terkeliru dengan taktik murahan macam ini.  Sebaliknya kekal mengundi lambang BN iaitu dacing .  Dacing perlu kerana semua parti komponen dalam BN datang dari pelbagai idealogi yang berbeza.  Nak menyatukan semua perbezaan ini maka digunakan lambang dacing.

Sementara apa yang dilakukan Pakatan hari ini tidak lain untuk mengelirukan orang Melayu agar mengundi DAP.  Kalau ikutkan patutnya gunalah lambang DAP sebab DAP yang paling banyak kerusi tapi sebab tahu orang Melayu tidak akan undi DAP, maka dikelirukan mereka dengan lambang PKR.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.