Jangan salah pilih pemimpin

oleh Kang Nasir

Siapakah pemimpin?
Umumnya semua orang cuma tahu pemimpin yang dimaksudkan itu adalah pemimpin UMNO iaitu PM kerana itu yang Pak Lebai sering ajar. Walhal diri kita sendiri adalah pemimpin dan kita akan dipertanggung jawabkan kelak. Itulah beza antara AgamaPAS vs TASAWUF.

FATWA “Jangan salah pilih pemimpin” Oleh Dewan Ulama PAS Kelantan tahun 2013 dalam kempen PRU13 lalu dijadikan modal recycle semula walaupun admin sudah jelaskan setiap kali AhliSyurga AgamaPAS selitkan stiker dari fatwa Dewan Ulama PAS Kelantan tersebut.

Siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh #PakLebai politik #AgamaPAS itu? Adakah mereka faham maksud dari peringatan Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21 ini?
“Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? ” Mereka menjawab: “Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)”.
(Ibrahim : ayat 21)

Admin juga pernah kongsikan tapi tidak secara khusus berkaitan dengan fatwa tersebut kerana admin mahu sahabat-sahabat seluruh mukmin muhasabah dengan mengajak ulama iaitu PEMIMPIN mereka agar mengajar kepada kita ILMU TASAWUF dipautan ini.
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.617734568282715.1073741848.465342536855253/631754143547424/?type=3&source=54&ref=page_internal

Admin beri penekanan dari fatwa ulama PAS minta mereka ajar kita ilmu tasawuf itu kerana #IslamJalanPenyelesaian.
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
” Agama itu adalah nasihat”. Kami bertanya, “Untuk siapa?” Baginda menjawab, “Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya”.
(Hadith Riwayat: Muslim)

Dan admin susuli kongsian BAHAYA TAKSUB salah pilih pemimpin lalu MENDEKATI SYIRIK iaitu TOGHUT percaya kepada pemimpin yang kita ikuti melebihi dari percaya kepada Allah dan Rasul Nya dipautan ini.
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.758711900851647.1073741860.465342536855253/1097375060318661/?type=3&source=54

Siapakah pemimpin?
Jangan salahkan orang lain jika kita sendiri gagal pimpin diri kita sendiri yang sering menuruti hawa nafsu.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?”
( Hadith Riwayat at-Tabrani)

Bahaya melulu ikut nafsu percaya tipu daya mereka yang mengajak kita terjun keneraka tu Allah dah beri peringatan agar jangan TAKSUB kerana dikhuatir syirik.

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapan orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”
(Al-Baqarah: ayat 165)

Itulah yang dimaksudkan jangan salah pilih pemimpin yang sahabat WAJIB fahami. Maka itulah kita perlu berusaha mengajak mereka agar mengajarkan kepada kita ILMU TASAWUF.

Dari dulu admin menyeru anda mohon supaya ulama PAS mengajar kita ILMU TASAWUF kerana bertujuan untuk membersihkan hati kita semua juga hati mereka yang rosak lalu merosakan hati kita. Kerana hidayah Allah tidak menembusi hati yang rosak maka itulah kekeliruan angkara kerakusan nafsu ulama yang berhati serigala mengundang bahaya.

Dan Admin pun tidak pernah salahkan para AhliSyurga yang berlumba-lumba memfitnah mencaci mencela konon bagi mereka perbuatan itulah JIHAD dari FATWA ulama mereka.

Siapakah pemimpin?
Umumnya semua orang cuma tahu pemimpin yang dimaksudkan itu adalah pemimpin UMNO iaitu PM kerana itu yang Pak Lebai sering ajar. Walhal diri kita sendiri adalah pemimpin dan kita akan dipertanggung jawabkan kelak. Itulah beza antara AgamaPAS vs TASAWUF.

Fatwa PRU13 tahun 2013 yang dijadikan fakta itu admin harap sahabat-sahabat WAJIB fahami apa yang admin kongsikan ini. Jangan salah pilih pemimpin umumnya orang yang memimpin anda dan anda pilih ikut suka hati anda disebabkan percaya dengan tipu daya mereka. Ada antara anda ikut kafir #DAPLAKNAT beramal amalan orang kafir harbi. Ada antara sahabat yang ikut Tun, Mat Sabu, Anuwar dan ada ahli syurga yang terpedaya tipu muslihat manusia yang berhati srigala sebelum ini mereka berjihad istiqamah berpandukan KITAB JINGGAY sampai diperbodohkan DAP. ITULAH MAKSUD SALAH PILIH PEMIMPIN.
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.467988383257335.110022.465342536855253/521507811238725/?type=3&source=54&ref=page_internal

Titipan pada 1hb Mei 2013 di pautan diatas.
Sebagai mukmin yang beriman dan bersaudara, Kita sepatutnya saling bantu membantu, saling hormat menghormati, saling berpesan kearah kebaikan bersama dunia hingga akhirat. Namun, malangnya. Ramai yg membantu dajal dengan mempergunakan kesucian agama bagi memerangi saudara sendiri konon jihad. Walhal, Allah berulang-ulang mengingatkan kita salah satu antaranya.
“Dan tolong-menolong kamu atas kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan.”
(Al-Maidah : ayat 2)

“Wahai Tuhan kami!
janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”
(Surah Ali ‘Imran: ayat 8).
Aminn.

#SayangiDiri JOM #KitaUndiBN #KamiPilihBiru #BersamaBN #BangunkanNegara. #KamiGengNajibRazak mengajak kearah kebaikan bersama. #TolakFitnah #AntiBeritaPalsu #ThisIsUs #TolakPakatan #VaviDAP.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.