Demokrasi Ala DAP: Yg Baik Diketepikan, Yg Rasuah Dipertahankan

KEPUTUSAN parti DAP menggugurkan Dr. Tan Seng Giew dari mempertahankan Parlimen Kepong dalam PRU14 yang akan datang dan dalam masa yang sama mengekalkan tertuduh rasuah – bukan sahaja untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya sejak 2008 malah memimpin DAP dalam PRU14, adalah bukti amalan kronisme dan nepotisme parti itu yang semakin parah.

Apa salah orang baik macam Dr. Tan ni sehingga digugurkan?  Nak kata tua, takdelah tua sangat, baru 76 tahun, Mahathir dah 93 tahun DAP boleh sokong jadi Pengerusi Pakatan dan calon Perdana Menteri, kenapa Dr. Tan tak boleh?  Bapak tokong pun lagi tua dari Dr. Tan ini tapi khabarnya nak terus bertanding juga cuma ditempat lain.

Dahlah tua, ada sakit pulak tu.

Ini tak lain mesti sebab Dr. Tan bertegas mahu bukti ditunjukkan kalau nak menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak ada melesapkan duit 1MDB seperti yang dituduh Mahathir.  Mereka (DAP) boleh nafi tapi persepsi orang dibawah ini memang dah macam itu – kerana Mahathir, sanggup gugurkan orang yang setia macam Dr. Tan.  Apa salah beliau, suruh tunjuk bukti pun salah?

Bukan sikit yang bercakap tuduhan ke atas Najib ini tidak ada bukti, hanya ada persepsi.  Bak kata Dr. Tan lah, laporan media asing yang dijadikan asas oleh Mahathir itu bukan bukti, let alone PAC dimana beliau menjadi timbalan Pengerusinya bukanlah Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman bersalah kepada sesiapa.

Yang masih pertahankan tokong tu alasannya pulak?  Bukankah dia dah didakwa di atas 2 pertuduhan rasuah.  Patutnya sebagai parti yang melaung integriti dan kredebiliti, tokong yang patut dibuang dulu.  Ini tidak, Dr. Tan yang tidak ada salahnya melainkan cuba bercakap benar pulak yang disingkirkan.

Rakyat patut tolak parti yang ada amalan seperti ini dalam PRU14 Mei nanti.  Susah negara ni kalau kepentingan anak beranak jadi keutamaan dan rakyat hanya dipergunakan.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

One thought on “Demokrasi Ala DAP: Yg Baik Diketepikan, Yg Rasuah Dipertahankan

  • April 11, 2018 at 10:59 PM
    Permalink

    Ini kali lah UBAH , bersama BN memajukan negara..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.