Azmin Patut Janji Bayar Bil Air, Bukan Bonus 3 Bulan

AZMIN terpaksa menelan ludahnya sendiri bila mengumumkan penjawat awam di Selangor akan dapat 3 bulan gaji sebaik Pakatan kekal memerintah negeri itu – tak lama lepas dia mempersoalkan kuasa mana yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan kenaikan BR1M  oleh  dalam manifesto BN pada 7 April.

Bukankah parlimen dah dibubarkan kata dia, Najib janji guna kuasa apa?

Habis, yang DUN Selangor belum bubar ke, dah bubar jugak tapi boleh pulak  dia umum bonus 3 bulan?  Monyet ini tak tahu ke Najib umum manifesto, bukan bajet, yang dia janji bonus 3 bulan tu bukan dalam  konteks manifesto pun atau manifesto tambahan.

Tapi berapa ramai yang mendapat manfaat 3 bulan bonus yang diumumkan Azmin ni?  Sejuta, dua juta, 3 juta atau 4 juta orang?  Percaya atau tidak, tak sampai 20,000 orang pun yang akan menikmati bonus 3 bulan ini kerana itulah dia jumlah keseluruhan penjawat awam di Selangor.

Apa untuk baki rakyat Selangor pulak?  Baldi percuma ke?

Baiknya, Azmin umum untuk membayar bil air dari skim air percuma 20m3 berjumlah berbillion ringgit yang sekarang tertunggak dan sudah menjadi kes Mahkamah.  Itu lagi bagus dari mengumumkan pemberian bonus yang hanya menguntungkan tak sampai 1% dari keseluruhan rakyat Selangor.

Kesan darinya akan menjangkau bukan sahaja kakitangan awam negeri, bahkan keseluruhan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan yang perkhidmatan air mereka diuruskan Syabas – sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor, kerana air ini adalah perkara asas untuk rakyat.  Duit banyak air takde pun tak guna.

Lagipun berdasarkan hutang Syabas kepada SPLASH seperti dalam tuntutan mereka, tak sepatutnya kakitangan awam dapat bonus sebab kerajaan negeri boleh dikatakan rugi.

Waima dikeluarkan semua rizab kerajaan negeri lebih RM 3 billion itupun, masih tidak cukup untuk membayar semua bil air yang tertunggak – lebih RM 4 billion banyaknya.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

2 thoughts on “Azmin Patut Janji Bayar Bil Air, Bukan Bonus 3 Bulan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.