Azmin: Kereta Rasmi Pulang, Hutang Air Tak Dibayarkan

SPLASH semalam menyaman Syabas yang dimiliki kerajaan Selangor akibat kegagalan membayar hutang sebanyak RM 4.217 billion.  Hutang yang tinggi ini, majoritinya difahamkan adalah dari skim air percuma 20m pertama yang billnya tidak dibayar kerajaan negeri pimpinan Azmin.  Hanya 36% sahaja dari keseluruhan kos 20m3 air percuma yang dibayar kepada Splash.

Akibat hutang tidak berbayar ini, SPLASH sendiri berhadapan risiko disaman TNB kerana tunggakan bil elektrik sebanyak RM 75 juta, dahlah terpaksa menggerakkan loji rawatan air sebanyak 110% bagi memenuhi keperluan pengguna air di Selangor dan Lembah Klang.

Cukup dengan fakta.

Apa ertinya semua ini?  Maksudnya, krisis air yang berlaku di Selangor sebelum ini dan pada bila-bila masa dari sekarang adalah disebabkan oleh kegagalan kerajaan negeri Selangor membyaar kepada SPLASH nilai 20m3 liter air ysng dikecualikan daripada rakyat Selangor untuk membayarnya.

Walaupun kepada rakyat 20m3 pertama ini percuma, tidak perlu dibayar, kerajaan negeri pulak masih perlu membayar kos ini kepada SPLASH seperti biasa.  Bila kerajaan negeri pimpinan Pakatan tidak bayar SPLASH sehingga hutang menimbun kepada berbillion, jadilah krisis air seperti baru-baru ini dan banyak kali sebelum itu.

Dia sama seperti bila Mahathir tambat nilai ringgit kepada RM 3.80/dollar dulu.  Kerana masyarakat antarabangsa tidak iktiraf nilai RM 3.80/dollar ini, kerajaan terpaksa membayar perbezaan RM 3.80/dollar dengan nilai sebenar mengikut pertukaran semasa atau tidak akan ada siapa mahu berurus niaga dengan negara kita..

SPLASH pulak, tanpa bayaran dari kerajaan negeri, tidak mampu untuk menyelenggarakan lojinya, dahlah loji rawatan air miliknya dipaksa beroperasi lebih 110%.  Hutang oleh kerajaan negeri Selangor ini turut membuatkan SPLASH berhutang dengan TNB.

Padanlah rizab kerajaan negeri Selangor tinggi, rupanya tidak bayar hutang kepada SPLASH.  Macam ini, sesiapa pun boleh jadi Menteri Besar.  Dia dok sibuk hutang negara tinggi, rupanya, hutang kerajaan negeri Selangor lagi tinggi, tak boleh bayar pulak tu.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.