Apa Yang Pelik Berlaku Kepada Mahathir Selepas Ini, Anggap Semuanya Sandiwara

HAKIKATNYA rakyat tidak memerlukan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, jangan kata rakyat secara keseluruhannya, penyokong Pakatan sendiri pun tidak memerlukan Mahathir sebagai Perdana Menteri.  Kalau soalnya Anwar dalam penjara, Muhyiddin ada, dia pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, dan kalau nak diikutkan lebih ‘dekat’ dengan pentadbiran negara sebab hanya dipecat 2015 yang dulu.

Berbanding Mahathir 15 tahun yang dulu.  Banyak dah berubah, kenapa perlukan orang usia 93 tahun ini jugak?  Ini dalam konteks penyokong Pakatanlah yang kita cakapkan.

Jadi, itu jawapannya, dari segala segi Mahathir sebagai Perdana Menteri, bukanlah perkara yang mendesak malah dalam banyak hal sebenarnya, satu liabiliti.  Macam sekaranglah, sekali dia bukak mulut saja, 10% undi Pakatan hilang, macam baru ni bila dia menghinakan kaum India dengan mengelar mereka guna “perkataan itu”.

Mahathir pun, dia tahu perkara itu.  Rakyat taknak dia, penyokong Pakatan pun taknak dia – melainkan pentaksub dia sahaja terdiri dari majoriti budak-budak muda yang tidak pernah merasa keperitan hidup dibawah pentadbirannya.  Atau kalau tua sikit, jenis memang kaki bangkang kerajaan, tak kisahlah berapa baik pun yang kerajaan lakukan.

Kalau ramai orang mahukan Mahathir sebagai Perdana Menteri seperti cuba digambarkan dari jumlah likers dalam FB guna nama dia dan tandatangan dalam deklarasi rakyat, 12 kedai rotinya tidak akan ditutup.  baca macam itu cukup.

Apa yang berlaku sekarang ialah Mahathir dan Pakatan saling menggunakan.  Mahathir guna platform Pakatan untuk jadi Perdana Menteri, sementara Pakatan guna Mahathir untuk pecah undi Melayu dan cuba bentuk kerajaan di peringkat persekutuan.  Bukan masing-masing nak masing-masing dapat apa yang dihajatkan.

Untuk itu Mahathir kena siap dengan satu sandiwara untuk mendapat simpati dan undi dari rakyat.  Apa dia sandiwara itu, bahagian inilah yang kita kena tunggu dari sekarang sampai hari pengundian esok.

Sebab itu kita kata, apa pun benda pelik-pelik yang berlaku kepada Mahathir selepas ini, itu adalah sandiwara dia semata-mata.  Supaya kita tidak terpedaya dengan orang tua yang banyak akal ini.  Sandiwara ini pasti ada sebab awal-awal ini pun Mahathir dah menggunakan perkataan “bunuh” dan seperti itu bila tiada keperluan langsung untuk menggunakannya.

Lagipun sandiwara dan Mahathir bukan perkara baru.  Untuk mengalihkan perhatian rakyat dari masalah sebenarnya, macam-macam yang tergamak Mahathir lakukan.  Rekod sejarah menunjukkan banyak bukti kepada kenyataan ini.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

2 thoughts on “Apa Yang Pelik Berlaku Kepada Mahathir Selepas Ini, Anggap Semuanya Sandiwara

  • April 20, 2018 at 4:13 PM
    Permalink

    harap PM & TPM dapat sebut sedikit dalam mana2 majlis bersama(melibatkan) rakyat tentang kebarangkalian tua kutuk madey nak ‘buat sandiwara untuk meraih simpati rakyat bagi mendapatkan undi’ ini kerana kita percaya ada rakyat tidak tahu tentang kebarangkalian ini

    tiada siapa nak bunuh tua kutuk itu pada usianya yang terlebih diberi subsidi oleh tuhan…tiada siapa nak bunuh sebenarnya bunuh tapi cuma kebarangkalian malaikat izrail datang mencabut sedikit demi sedikit nyawanya(dalam keadaan madey merasa selesa & sihat) sebelum dia sempat melalui malam penentuan PRU14

    tentang cabut nyawa ini janganlah PM atau TPM sebut, cuma sebut fasal kebarangkalian madey nak ‘buat sandiwara untuk meraih simpati rakyat bagi mendapatkan undi’ itu sahaja

    Reply
  • April 20, 2018 at 4:27 PM
    Permalink

    ‘sandiwara’ yang dimaksudkan itu mungkin ada orang pakai baju ada logo BN atau UMNO menyelit masuk dicelah-celah orang ramai lalu menampar atau spray lagi muka madey semasa madey datang ke satu majlis ceramah pembangkang…lantas selepas itu tua kutuk madey pun dimasukkan hospital tapi dia tak mampos pun

    sekiranya betul terjadi seperti yang dikata, kepada yang terus percaya kata memang orang BN atau UMNO yang menampar atau spray lagi muka madey hanya kerana disebabkan sipenampar atau tukang spray itu memakai baju ada logo BN atau UMNO, anda memang bangang nak mampus!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.