Keadaan Mental Tun Mahathir Tidak Melayakkan Beliau Jadi Perdana Menteri Sekali Lagi (2)

oleh Ab Jalil Backer

Jawapan balas Tun Mahathir hari ini masih mahu menegak benang basah konon pilot (juruterbang) pesawat yang menemui masalah tayar kapal terbang milik VistaJet Ltd yang disewanya.

Siasatan CAAM sebelum ini jelas menunjukkan ada log laporan kerosakan oleh pasukan penyelenggara syarikat terbabit dan mereka telah cuba memperbaiki sebelum mengisytiharkan pesawat terbabit tidak layak terbang.

Namun dalam jawapan hari ini Mahathir menegaskan ada unsur sabotaj pencalonannya. Ini kata beliau dibuktikan melalui
i. siasatan CAAM mengesahkan kapal terbang beliau rosak dan
ii. banyak rakan enggan memberi beliau pinjam kapal terbang. Ini dakwa Mahathir mereka ditekan oleh pihak tertentu yang mahu menghalang pencalonan beliau keesokannya.

Jumaat lepas Mahathir menyatakan ada cubaan mensabotaj kapal terbangnya supaya terhempas.

Hari ini selepas pendedahan isu sebenar oleh CAAM, Mahathir menukar nada kepada ia usaha mensabotaj pencalonannya.

Ia dua kenyataan yang sangat berbeza, satu hendak menghalang pencalonan dan satu lagi adalah cubaan membunuh.

Namun alasan Mahathir ada pihak tertentu menekan rakan-rakannya supaya jangan pinjamkan pesawat untuk sabotaj pencalonannya masih tidak masuk akal.

Ini kerana sejak 2016 lagi orang tidak mahu meminjamkan pesawat peribadi kepada beliau. Ia dicatatkan dengan jelas oleh Ketua Propaganda Tun Mahathir, Datuk A Kadir Jasin. (Lihat: http://kadirjasin.blogspot.my/2016/09/cacian-kukuhkan-azam-dan-iltizam-dr.html?m=1)

Jadi soal orang tidak mahu meminjamkan pesawat peribadi bukan isu baharu untuk Mahathir mendakwa ada konspirasi mensabotaj pencalonannya.

Mahathir mungkin lupa alasan yang sama berulang-ulang namun “Uncle Google” tidak lupa sama sekali.

Sebenarnya kawan-kawan beliau tidak mahu meminjamkan kapal terbang kerana ia memakan kos yang tinggi dan Mahathir tidak lagi menjadi angsa bertelur emas kepada mereka.

Mahathir juga mendakwa tidak ada sebarang tawaran ganti pesawat dari pihak berkuasa penerbangan Malaysia (CAAM).

Sekali lagi keadaan dan kewarasan pemikiran Mahathir menimbulkan persoalan.

CAAM tidak pernah mendakwa mereka menawarkan pesawat gantian kepada Mahathir.

Mereka tidak ada kuasa dan kemampuan untuk menawarkan pesawat ganti.

Yang membuat kenyataan telah menggantikan pesawat kepada Mahathir ialah VistaJet iaitu syarikat antarabangsa yang dibayar oleh Mahathir untuk perkhidmatan Jet Peribadi.

Jika ada pertikaian diganti atau tidak, ia antara Mahathir dengan syarikat yang dilanggannya, tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Malaysia.

Tentulah lebih mudah kita percaya syarikat yang mempunyai puluhan kapal terbang untuk perkhidmatan VIP berbanding kenyataan Mahathir yang banyak kali nampak mengelirukan.

Makin lama jelas pemikiran Mahathir“unfit” untuk menjadi Perdana Menteri.

Mahathir hanya akan menjadi boneka DAP.

Leave a Reply