Isu Sabotaj Jet Bukti Minda Mahathir Terjejas

Share

Kenyataan penyedia sewaan jet peribadi Tun Mahathir Mohamad, VistaJet, semalam memberi gambaran yang sangat mengejutkan mengenai keadaan mental bekas Perdana Menteri tersebut.

VistaJet Ltd. menyatakan jet mereka yang ditempah oleh Tun Mahathir menghadapi masalah teknikal biasa dan mereka dengan segera menggantikannya dengan pesawat lain.

Sebaliknya Mahathir pada jumaat lalu mengejutkan seluruh negara apabila mendakwa jet peribadi beliau disabotaj sehari sebelum hari penamaan calon. Ini menyebabkan pihak berkuasa Penerbanhan Awam Malaysia terpaksa melancarkan siasatan dan menimbulkan kebimbangan seluruh negara.


Siasatan mendapati dakwaan tersebut tidak benar sama sekali kerana ia merupakan masalah teknikal biasa yang telah dikenalpasti dalam pemeriksaan berkala. Pihak VistaJet selaku pemilik kepal terbang terbabit juga tidak pernah melaporkan sebarang perbuatan sabotaj seperti dakwaan Mahathir.

“VistaJet confirms the recent statements of the Malaysian Authorities that one of the company’s aircraft had a technical issue in its normal course of operations before departure which at no point jeopardized safety,” VistaJet International said.

In a press statement on Sunday (April 29), it added that another VistaJet aircraft was immediately made available to fulfil Dr Mahathir’s schedule.

Mahathir juga mengelirukan seluruh dunia kononnya beliau terpaksa cuba meminjam pesawat peribadi bebeapa kawan tetapi ramai menolak kerana ditekan oleh Kerajaan.

Hakikatnya, VistaJet menyediakan pesawat ganti yang langsung tanpa peru Mahathir melakukan sebarang panggilan untuk meminjam kepada kroni-kroninya seperti didakwa.


Ini menimbulkan persoalan lebih besar apakah Mahathir sudah nyanyuk atau menipu untuk meraih simpati.

Yang mana satu pun kesimpulannya, adalah jelas mental Mahathir pada usia 93 tahun sudah tidak “fit” untuk menjadi Perdana Menteri. Amatlah merbahaya memberi jawatan utama kepada Mahathir kerana ia boleh mewujudkan jawatan Perdana Menteri boneka. -MYKMU.NET

Leave a Reply