Hapus Grab: Terima Kasih Mahathir, Cakaplah Lebih Banyak Lagi

Share

BILA gerakan reformasi bermula hujung 90-an dulu, seingat penulis hampir 80% pemandu teksi di Lembah Klang terutamanya, adalah terdiri dari mereka yang anti Mahathir.  Kaset ucapan pemimpin PAS dan Anwar mengutuk Mahathir hampir terpasang pada setiap masa untuk para penumpang mendengarnya – suka tak suka.

Majoriti mereka pada waktu itu menjadi begitu kerana merasakan disisih oleh kerajaan pimpinan Mahathir.  Kebajikan pemandu teksi sering kali tidak dipedulikan disamping sistem permit teksi berkelompok yang hanya menguntungkan syarikat (majoriti milik kroni) dan dalam masa sama menekan pemandu teksi.

Hari ini bila dah dalam pembangkang, Mahathir nak bela pemandu teksi pulak dah – dengan janji untuk menghapuskan sistem e-hailing, Grab dan Uber ini.

Siapa bodoh akan percayakan itu?

Mahathir, yang dianggap sebagai tidak membantu pemandu teksi dulu, adalah Mahathir yang sama sekarang.  Tidak ada apa yang berbeza pun.  Agenda nak jadi Perdana Menteri hari ini hanya untuk kepentingan diri sendiri, bukan antara lain sebab nak tolong pemandu teksi.

Dulu takde Grab dan Uber pun, majoriti pemandu teksi marah dengan Mahathir jugak.  Apakah dengan tanpa sistem Grab dan Uber KALAU Pakatan menjadi kerajaan, nasib pemandu teksi akan berubah?

Yang pasti keadaan sekarang lebih baik untuk pemandu teksi.  Sebelum kad Bantuan Teksi 1Malaysia dilancarkan, pemandu teksi mendapat pelbagai keistimewaan seperti subsidi RM 520 untuk 4 biji tayar dalam tempoh 2 tahun yang diberikan kerajaan dan pelbagai yang lain.

Apa pun, eloklah Mahathir terus buka mulut.  Lagi banyak dia buka mulut, lagi  banyak undi Pakatan, BN sedut.

Leave a Reply