Sibuk Kira Hutang Negara, Hutang Sendiri Terlupa…

Share


HASILselidikan ringkas penulis, majoriti calon Pakatan (terutama dari PPBM) yang tak lepas proses pencalonan semalam adalah kerana masalah kewangan – bankrap.

Gelihati pun ada.

Mana taknya, puak ini antara yang paling kuat menyalak tentang hutang negara, apa hutang dia sendiri pun terlupa, diisytihar bankrap pun tak sedar.  Gila sangat nak jadi calon, sampaikan benda asas macam ini pun boleh terlepas pandang.

inilah masalah bila ilmu kewangan kurang.  Asyik cerita hutang, tak cerita pulak pendapatan, kan dah kena.

Kalau bertanding sekalipun macam boleh menang pulak tu.  Tengok banyak kawasan yang pencalonan ditolak, nampak sangat rekod BN terlalu baik disitu untuk dicabar mereka yang belum pernah berjasa.  Ada diantara itu bertaraf keyboard warrior, menghasut rakyat melalui komputer saja, apa jasa yang dia ada?

Apa pun inilah dia calon yang cuba dimintak kepada rakyat untuk menyokongnya, langsung tak layak dan berupaya untuk berkhidmat belum pun kuasa diberikan kepada dia.

Parti pulak macam tidak pedulikan dia, tak diperiksa sesungguh apa yang wajib sehingga BN boleh dikatakan menang sebelah kaki sebab hanya tinggal calon PAS dan Bebas saja yang menanti.

Ini baru satu masalah – bankrap.  Ada juga yang lepas bertanding ini terpalit dengan masalah korup.  Sepertinya seorang bekas pegawai khas kepada bekas Pengerusi Felda, beberapa orang calon Warisannya di Sabah serta beberapa lagi, semua ni pernah disiasat SPRM dan belum ada kata putus kepada siasatan itu, sama ada akan didakwa atau tidak.

Silap-silap pilihanraya tamat, akan ada yang didakwa di Mahkamah, bila masa yang nak berkhidmat kepada rakyat?



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *