Temu bual dengan Bloomberg: China dan Amerika Syarikat

Share

China akan menjadi kuasa ekonomi dominan di Asia dalam jangka masa terdekat tetapi tidak akan dapat mengalahkan Amerika Syarikat (A.S.). dalam ketenteraan, menurut Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Dalam temu bual selama sejam dengan Bloomberg pada 24 April, temu bual pertama beliau dengan media antarabangsa setelah lebih daripada tiga tahun, Najib bercakap mengenai hubungan Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat. Beliau juga menekankan perlunya kuasa besar untuk bertindak dengan cara yang “membina” di rantau ini dan elakkan sebarang potensi perangkap Thucydides, dinamakan berdasarkan sejarawan Yunani yang memberi amaran tentang peperangan di mana kuasa baru muncul mencabar yang kuasa lama.

“Kami tidak mahu kuasa yang baru naik dan kuasa lama bertentangan dengan satu sama lain,” kata Najib. “China akan menjadi ekonomi terbesar, sudah tentu, itulah fakta. Tetapi China tidak akan dapat bersaing dengan Amerika Syarikat dari segi kuasa besar ketenteraannya. ”

Najib, 64, yang menjangkakan partinya untuk kembali berkuasa dalam pilihan raya pada 9 Mei, mengetuai sebuah negara yang terletak di sepanjang laluan perdagangan global utama melalui Selat Melaka ke Laut China Selatan. Sebagai sebuah negara yang lebih kecil, ia berisiko terjebak di tengah-tengah ketika China memperluas pengaruh ekonomi dan ketenteraannya di Asia Tenggara, sebuah rantau yang dikuasai A.S. selama beberapa dekad.

“Kebangkitan China tidak dapat dielakkan, apa sahaja yang anda kata, ia tidak boleh menghentikannya,” kata Najib mengenai rakan perdagangan terbesarnya. “Ia merupakan pasaran yang besar dan kita boleh melakukan banyak perkara dengan China, dengan syarat China tidak menggunakan saiz ekonominya dan membuat dasar yang boleh ‘menyakiti’ Malaysia,” katanya. “Saya tahu ia adalah cliche untuk bercakap mengenai perkembangan yang aman tetapi kami percaya tidak ada alasan untuk kami meragui yang ia akan berlaku.”

Sejak berkhidmat, Presiden Donald Trump telah menimbulkan keraguan komitmen A.S. ke rantau ini, yang membawa kepada kebimbangan bahawa China akan bangkit pada kadar yang sangat pantas. Beliau menarik diri dari pakatan perdagangan Pasifik di mana banyak negara-negara Asia melihat tindakan itu sebagai tanda A.S. yang kekalkan kuasa, dan sekarang anggota yang tinggal seperti Malaysia tidak mahu perundingan semula perjanjian itu sesuaikan keadaan jika ada potensi A.S. mahu kembali sertainya.

Pendekatan yang tidak menentu Trump terhadap rakan AS telah berterusan walaupun selepas Pentagon memberi amaran bahawa AS perlu bersiap sedia untuk persaingan besar dengan China dan Rusia kerana negara-negara tersebut berusaha ” menggabungkan atau menggantikan perintah bebas dan terbuka yang telah membolehkan keselamatan dan kemakmuran global sejak Perang Dunia II.” Para pemimpin China berulang kali berusaha untuk meyakinkan negara-negara kecil, dengan mengatakan mereka bukan mahu menjadi dominan di rantau ini.

Najib kenal Trump sebelum dia mencapai tahap kemasyhurannya sekarang. Selain bertemu secara peribadi dan bercakap di telefon, mereka juga pernah bermain golf bersama-sama.

“Saya mempunyai hubungan yang baik, maksudnya hubungan peribadi dengan Presiden Donald Trump,” kata Najib.

“Dia tidak peduli dengan perkara yang tidak penting kepadanya,” katanya. “Saya fikir dua perkara penting yang kepadanya, ialah bagaimana untuk menjadikan Amerika Syarikat hebat dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan. Nombor dua, bagaimana untuk menjadikan Amerika Syarikat selamat. ”

Di sebalik kekecewaan Malaysia dengan Trump mengenai pakatan perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik, Malaysia juga mempunyai perbezaan pendapat dengan China walaupun hubungan ekonomi dua negara ini semakin meningkat, di mana Malaysia menjadi semakin terikat sebagai sebahagian daripada program infrastruktur (Belt and Road infrastructure program) Presiden Xi Jinping. China merupakan sumber utama pelaburan langsung asing negara pada tahun lepas.

Laut China Selatan
China dan Malaysia telah bersaing menuntut hak ke bahagian-bahagian Laut China Selatan, jalan utama untuk perdagangan, perikanan dan – peningkatan militan. China menegaskan pemilikan lebih daripada 80 peratus daripada perairan itu, dan telah membina landasan dan pemasangan lain yang menyokong kehadiran ketenteraan pada kawasan terumbu itu.

Laksamana Philip Davidson, yang dicalonkan sebagai komander A.S. Pacific Command, berkata dalam kesaksian bertulis kepada Kongres bulan ini bahawa Beijing, sebahagian besar, telah menyelesaikan pembinaan pangkalan-pangkalan di Laut China Selatan.

“Sebaik sahaja selesai, China akan dapat meluaskan pengaruhnya beribu-ribu batu ke selatan dan tunjukkan kuasanya sehingga ke Oceania,” katanya. “Secara ringkasnya, China kini mampu mengawal Laut China Selatan dalam semua senario kecuali perang dengan Amerika Syarikat.”

Najib berkata beliau berharap China akan menghormati pandangan pihak menuntut yang lain. Beliau jawab dengan berhati-hati apabila ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan usaha sama penerokaan sumber minyak dan gas bersama dengan China di kawasan tersebut, dengan mengatakan ia boleh dianggap sebagai penerimaan tersirat dari tuntutan negara lain.

“Kami cuba memberitahu kerajaan China bahawa ia tidak boleh menjadi Laut China Selatan ala tentera, dan walau apa pun, ia perlu dilakukan dalam rundingan damai dan mengikut undang-undang antarabangsa,” katanya. “Mereka mempunyai tiga pulau buatan manusia, pulau-pulau yang telah menjadi pulau utama tetapi mereka belum sepenuhnya digunakan sebagai pangkalan tentera, tetapi mereka memang mempunyai beberapa aset.”

Pemimpin pembangkang Malaysia, Mahathir Mohamad berkata dalam temu bual baru-baru ini bahawa jika dia memenangi pilihan raya, beliau akan memulakan semula rundingan mengenai hak dan akses ke Laut China Selatan sambil memastikan hubungan “mesra” dengan semua negara. Beliau juga kata bahawa syarikat-syarikat China pada masa ini tidak menggaji penduduk tempatan atau membawa masuk modal dan teknologi ke Malaysia.

“Banyak orang tidak suka pelaburan China,” kata Mahathir. “Kami mahu mempertahankan hak rakyat Malaysia. Kami tidak mahu menjual bahagian negara ini kepada syarikat asing yang akan membangunkan semua bandar-bandar. ”

Komen-komen Mahathir mencerminkan kebimbangan yang lebih luas mengenai pelaburan China di seluruh Asia yang menimbulkan ketegangan politik dari Australia hingga ke Sri Lanka. Walaupun banyak negara yang tidak sabar-sabar untuk mendapat manfaat daripada “pemberian” Xi, mereka juga berhati-hati untuk tidak menjadi terlalu bergantung kepada China.

Najib berkata kerajaan telah memberi jaminan mengenai kontrak Belt and Road untuk melindungi pekerja tempatan. “Contohnya banyak kerja infrastruktur akan dilakukan oleh syarikat Malaysia dan mereka akan menggaji rakyat Malaysia untuk bekerja dalam projek itu,” katanya.

Walaupun beliau berkata projek Belt and Road akan meningkatkan pengaruh China di rantau ini, beliau bertegas bahawa Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain boleh menguruskan isu itu dan menafikan apa-apa tuduhan yang projek-projek ini yang datang syarat.

China “lebih obses” dengan pertumbuhan ekonomi berbanding pengembangan ketenteraannya, kata Najib. “Saya tidak fikir China akan mengambil risiko atas apa-apa tindakan yang tidak bertanggungjawab yang akan menjejaskan kebangkitannya untuk menjadi ekonomi terbesar di dunia.”

#HebatkanNegaraku
#BersamaBN
#TsunamiBiru

LINK ASAL ARTIKEL: https://www.najibrazak.com/en/blog/interview-with-bloomberg-china-and-the-united-states/

Leave a Reply