Tamat Penamaan Calon, BN Menang 1 Kerusi, Kurang-Kurang 2 Calon PH Pencalonan Dinafi

Share


SECARA rasminya, BN menang 1 kerusi DUN tamat proses pencalonan di seluruh negara sebentar tadi.  Sekurang-kurangnya 2 calon Pakatan – seorang penyandang dan seorang pendatang baru, ditolak pencalonan mereka meninggalkan calon Bebas dan PAS saja bersaing.

Kira sebelah kaki menang dah tu.

Langkawi menampakkan persaingan tiga penjuru sekalipun Astro Awani menyatakan hanya ada pertandingan satu lawan satu antara calon timbang (BN) dengan calon dajjal mata satu (Pakatan).  Entah kenapa media arus perdana boleh tersilap serupa ini besarnya.

Apa pun nak sebut, permulaan ini semuanya nampak baik untuk BN.  Pada tahun 2013 yang dikatakan bapa segala pilihanraya itu, tak satu pun kerusi yang BN menang percuma. Tapi ini bukan alasan untuk bersenang-senang.  Masih banyak lagi kerja yang nak dibuatkan sehingga 9hb.

Penulis tidak berapa bimbang tentang persaingan sebab kita tahu BN akan ada kelebihan.  Bagi Pakatan memerintah kalu, boleh mimpi sajalah untuk lihat kenaikan sekali ganda BR1M pada bulan Julai dan Semptember akan datang.

Yang kita bimbangkan ialah drama dan sandiwara dari orang tua itu.  Semalam dan mengadu konon pesawat cuba disabotaj, tapi samapai sudah tidak ada laporan polis mahupun ke DCA – nampak sangat dah nak mati pun tidak segan silu untuk terus menipu.

Hari penamaan calon ini juga mempamerkan realiti yang sangat berbeza dari alam siber terutama dari segi penyokong.  Sementara di alam siber ini kelihatannya macam BN akan kalah, hakikat sebenarnya di alam realiti menunjukkan Pakatan yang akan kalah.

Ambil satu contoh di Pekan cukup.  Jangan kata nak bersaing dengan penyokong BN lagi lah, jumlah penyokong Pas yang tidak serama calon BN pun, berkali ganda lebih ramai dari penyokong Pakatan.



One thought on “Tamat Penamaan Calon, BN Menang 1 Kerusi, Kurang-Kurang 2 Calon PH Pencalonan Dinafi

  • April 28, 2018 at 6:48 pm
    Permalink

    Mereka sudah tahu, sudah rasa yang mereka bakal di bungkus/dilipat macam kuih lepat. Kuih lepat ialah sejenis kuih tradisional yang dibuat dari ubi atau pisang. Bahannya selepas diadun akan dibungkus dalam daun kelapa sebelum dikukus.

    Dalam perbualan penulis dengan seorang penyokong tegar parti mata satu katanya negeri diselatan tanah air merupakan negeri yang pertama jatuh ketangan mereka. Bila ditanya siapa yang bakal lawan Tan Sri S di bandaraya JB, katanya kami akan letak calon unwinnable atau pun loseable/surelosepunya . Ditanya kenapa tidak letak heavyweight untuk lawan Tan Sri. Katanya kita sengaja kerana kita mahukan Tan Sri masih pegang kerusi parlimen dia. Kita mahu dia.

    Itu jenis kepala hotak punya jawapan. Apa ke jadahnya parti mata satu mengharapkan seorang Tan Sri masih berada dikerusinya sedangkan Tan Sri merupakan lawan mereka. Ada ke orang mengharapkan lawan kekal menang.

    Namun rata2 itulah cara mereka bercakap. Bila bukak saja mulut mereka merapu. Sama macam seorang calun yang merapu tentang tayar pancit, sedangkan tak ada lapuran polis atau lapuran ke DCA dibuat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *