Mahathir masih belum membuat laporan terhadap sabotaj.

Share

Pihak berkuasa masih belum terima laporan sabotaj

Mendakwa pesawat yang sepatutnya dinaiki beliau ke Langkawi petang ini disabotaj, namun anehnya, calon Perdana Menteri sementara gabungan pembangkang PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad enggan membuat laporan polis.

Malah, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) ketika dihubungi juga mengesahkan masih belum menerima apa-apa makluman berkenaan insiden tersebut.


Pengerusinya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya masih belum menerima laporan daripada mana-mana pihak bahawa terdapat insiden sabotaj yang berlaku pada mana-mana pesawat penerbangan hari ini.

“Saya masih belum terima sebarang maklumat tentang insiden itu,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, dakwaan Dr. Mahathir itu sangat serius kerana perbuatan sabotaj seperti yang didakwa beliau adalah satu jenayah.


Sehubungan itu, menurut beliau, Pengerusi PPBM itu perlu segera membuat laporan polis untuk membuktikan dakwaan tersebut bukan bertujuan politik untuk menagih simpati rakyat.

“Sekiranya beliau tidak membuat laporan, tiada bukti yang dapat memastikan kesahihan dakwaan tersebut. Beliau tidak boleh menanam persepsi negatif sebegitu dalam minda rakyat.

“Kita tidak mahu Dr. Mahathir membuat dakwaan yang serius ini untuk menagih simpati rakyat dengan menggambarkan beliau sebagai insan yang teraniaya,” katanya.


Dr. Mahathir hari ini mendakwa pesawat yang sepatutnya membawa beliau ke Langkawi untuk menghadiri majlis minum petang bersama komuniti Cina dan India di pulau tersebut telah disabotaj oleh pihak tertentu.

Menurut laporan portal propembangkang, Malaysiakini, Pengerusi PPBM itu sudah menaiki pesawat tersebut untuk menuju ke Langkawi dari Subang tetapi dimaklumkan oleh juruterbang bahawa tayar pesawat itu telah bocor. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Mahathir masih belum membuat laporan terhadap sabotaj.

  • April 28, 2018 at 11:02
    Permalink

    Any police report being lodged ? None. He claimed he will be shot dead before this. Any police report being lodged ? None.

    He resorts to this kind of cock & bull because he knows for one thing. He knows some people believes him .

    So M opine ” lets bull and lets talk cock.

    Reply

Leave a Reply