Kucar-kacir hari penamaan tamparan buat PKR

Share
Dr Wee Ka Siong

Pelbagai insiden yang berlaku semasa proses penamaan calon terutamanya melibatkan gabungan pembangkang PKR sehingga mengakibatkan pencalonan ditolak membuktikan betapa kucar-kacirnya pentadbiran dalam gabungan tersebut.

Sedangkan selebriti kontroversi, Azwan Ali yang bukanlah ahli politik berjaya menyediakan borang dengan lengkap tanpa kesilapan bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Jadi mengapa calon parti politik yang sudah dua dekad wujud pun ‘terkial-kial’ seolah-olah baru pertama kali menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)?

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Madya Dr. Jeniri Amir berkata, pekung di dada gabungan pembangkang PKR telah terbuka dengan sendirinya disebabkan kelalaian dan masalah di sebalik segala pergolakan yang berlaku dalam gabungan tersebut.

Lebih mengejutkan katanya, adakah gabungan pembangkang PKR tidak mempunyai peguam yang handal untuk meneliti setiap isu berkaitan calon yang ditampilkan sama ada mempunyai masalah seperti muflis dan sebagainya.

“Sebagai sebuah parti yang berpengalaman dan sudah cukup ‘masak’ dengan selok-belok PRU, gabungan pembangkang PKR sepatutnya berasa ‘malu’ dan ‘belajar’ dengan calon-calon baru termasuk calon Bebas yang tidak berdepan masalah.

“Perkara sebegini tidak harus dipandang ringan dan diberi perhatian sewajarnya. Janganlah pula memberitahu terlepas pandang tentang isu sebegini kerana jelas semua ini kelalaian terbesar yang membawa padah kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Proses penamaan calon sedikit ‘kecoh’ terutamanya calon PKR apabila terdapat beberapa calon gabungan tersebut ditolak pencalonan disebabkan kesilapan sendiri termasuk kegagalan mempamerkan pas calon dan diisytiharkan muflis. – UTUSAN ONLINE

Satu Lawan Satu #PrkKimanis, 5,000 Penyokong BN Banjiri Pusat Penamaan.

2 Adun Kedah keluar PKR, tamparan pada Mukhriz

Leave a Reply