Meniaga Dgn Negara Komunis Tak Boleh, Sokong Cucu Komunis Dalam PRU, Tak Apa?

Share


APA hujah penyokong Pakatan bila negara China melabur banyak dalam negara ini?  Kata mereka, perkara itu tak sepatutnya berlaku kerana negara itu berfahaman komunis dan askar kita dahulu berjuang melawan komunis.  Rakyat ditakut-takutkan konon idealogi komunis sudah meresap dalam pentadbiran negara kita lanjutan dari pelaburan yang banyak dan strategik ini.

Sehinggakan beberapa pemimpin Pakatan mengambil kesempatan dari keadaan itu dengan mengadakan pertemuan bersama NGO-NGO bekas askar ini untuk menunjukkan patriotisme mereka dan membantah pelaburan yang banyak dari negara komunis ini.

Tang tu betullah China tu negara komunis tapi yang dilawan askar kita dahulu ialah pengganas komunis, bukan negara komunis.  Faham ke tidak bezanya tu?  Nak ikut negara komunis, jangan kata China lagi lah, dalam ASEAN ini pun ada dua negara komunis, Vietnam dan Myanmar dimana kita bukan sahaja mempunyai hubungan diplomatik, malah berkesatuan jugak dengan mereka.

Antara propaganda Pakatan Untuk menakut-nakutkan rakyat tentang pelaburan dari negara China

Begitupun sekarang nampaknya semua bantahan Pakatan ke atas pelaburan China kerana negara itu berfahaman komunis, rupanya hanya mainan politik semata.  Ini setelah Pakatan meletakkan seorang cucu kepada pengganas komunis sebagai calon mereka di Bandar Utama.

Nak juga dengar apa kata penyokong Pakatan pulak, nak-nak yang bekas askar ni?

Walaupun yang pengganas komunis itu nenek dia tapi nampak dia memang menyanjung tinggi perjuangan neneknya itu seperti dirakam dimana dia secara terus terang mengakui menjadikan neneknya sebagai panduan.

Oh, kalau meniaga dengan negara komunis salah, menyokong cucu pengganas komunis dalam pilihanraya, tak apa pulak?  Mana logiklah puak-puak ni pakai agaknya?



One thought on “Meniaga Dgn Negara Komunis Tak Boleh, Sokong Cucu Komunis Dalam PRU, Tak Apa?

  • April 28, 2018 at 12:37 am
    Permalink

    Mykmu makin mesra fahaman Marxist-Leninist-Mao.

    Dosa nenek tentulah diturunkan kepada cucu

    Rakyat nak Xi Jinping bukan Chin Peng

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *