Jangan terpedaya ‘tsunami fitnah’ pembangkang – Najib

Share

Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat agar tidak terperdaya dengan ‘tsunami fitnah’ yang disebarkan oleh pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri berkata, pembangkang akan cuba menyebarkan fitnah dan pembohongan sebanyak mungkin bagi mengaburi mata rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberitahu, PRU-14 sepatutnya menjadi medan pertandingan bagi semua parti untuk menawarkan agenda yang lebih baik untuk rakyat dan negara.

“Mengapa kita guna cara seperti ini? Maknanya, anda mengakui bahawa agenda anda tidak mampu mengatasi agenda BN untuk rakyat dan negara.

“Anda terdesak apabila terlibat dalam politik kotor sehingga ke tahap sebegini,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply