Isa Samad tidak kecil hati tidak dicalonkan

Share


Tidak berkecil hati walaupun tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Itu pendirian Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga bekas Ahli Parlimen Jempol.

Kata beliau, tidak ada sebab untuk beliau berasa kecewa kerana telah diberi peluang oleh parti menjadi wakil rakyat sejak tahun 1978 lagi.

“Saya tak kecil hati sebab saya sudah sembilan kali bertanding dari tahun 1978 hingga 2013. Saya masih ketua UMNO bahagian.

“Kalau selepas penggal pertama tidak dicalonkan mungkin tidak adil. Tetapi selepas sembilan kali tidak patut saya kecil hati,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung bagi PRU-14 di sini hari ini. – K! ONLINE


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *