Dalam Pakatan Ramai Memberontak Tak Jadi Calon, Kenapa Fokus Pada BN Saja?

Share


AGAK menghairankan kenapa media Pakatan hanya memfokuskan kekecewaan satu dua orang dalam BN kerana tidak dapat menjadi calon, sedangkan dalam Pakatan sendiri, bersepah masalah yang sama berlaku tapi tidak pula diberikan perhatian atau kalau ada pun, ruangannya kecil la sangat.

Contoh macam di Titiwangsa, seorang Ketua Bahagian Bersatu kecewa dia tak dapat jadi calon, satu kawasan di Pahang pulak dah diumumkan calon dari Bersatu, kemudian PKR pun umum calon dia juga, sementara penyokong Pakatan di Kapar marah kerana letak calon Melayu setelah berpenggal-penggal diwakili kaum lain dan banyak lagi tak larat nak cerita semua.

Ini biasalah, bila sampai waktu ada dapat ada tak dapat.  Kalau dah calon senarai pendek saja 3 ke 5 orang, dah tentulah yang tak dapat lebih ramai dari yang dapat dan kekecewaan akan berlaku, tapi kenapa hanya dalam BN saja ditumpukan?

Dalam BN ni lebih ramai yang kita dengar berlapang dada kerana tidak dicalonkan atau dicalonkan semula dari yang mengamuk sebab tak dapat jadi calon.

Macam Datuk Norzula di Gua Musang.  Beliau berlapang dada walaupun hanya dimaklumkan tidak dicalon semula sehari sebelum BN Kelantan mengumumkan senarai calon mereka, takde masalah pun.  Sekurang-kurangnya 3 kes hampir sama kita dengar berlaku di Johor.

Semua ini menunjukkan orang BN boleh menerima hakikat tidak dicalonkan ni.  Tapi satu dua kes yang merajuk sebab tak dapat jadi calon hingga letak jawatan, itulah yang digembar gemburkan media pembangkang.


One thought on “Dalam Pakatan Ramai Memberontak Tak Jadi Calon, Kenapa Fokus Pada BN Saja?

  • May 3, 2018 at 10:03 pm
    Permalink

    Sebenarnya puak2 Pakatoon ini tak ada modal untuk diketengahkan. Manifestonya seperti bahan2 debat apa yang dicadang atau dilakukan oleh Umno/BN., tak ada idea baru dan tidak ada substance. Membangkang kerana membangkang. Jadi apa2 juga isu remeh dan kecil dalam BN akan disentap oleh pencacai2 Pakatoon untuk ditiup menjadi besar. Isu2 besar yang terkena pada batang hidung mereka segaja dilupakan seolah2 orang ramai tidak dapat menghidunya dari punca lain.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *