Mahathir Bukan Melayu Pun, Nak Tsunamikan Macam Mana?

Share


DIFAHAMKAN antara kempen DAP kepada pengundi Cina ialah, dalam PRU14 yang akan datang ini, bakal berlaku tsunami Melayu (peralihan sokongan besar-besaran orang Melayu kepada Pakatan) seperti mana tsunami Cina dalam PRU13.  Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, PPBM itulah modal mereka pun kenapa tsunami ini dikatakan akan berlaku.

Berlawanan dengan fahaman kebanyakan orang, yang dimainkan tsunami Melayu ini bukanlah maksudnya peralihan undi akan betul-betul berlaku pun tapi untuk memastikan undi cina yang solid kepada DAP dalam PRU13 sebelum ini, terus kekal begitu dalam PRU14 yang akan datang pulak.

Kalau tsunami Melayu benar-benar berlaku, DAP tak perlulah tukar lambang roket kepada PKR supaya calonnya dapat menyusup dalam kawasan Melayu.  Atau kita dah lihat DAP bertanding di kawasan majoriti besar Melayu di Terengganu, Kelantan dan sebagainya.  Tak juga, DAP masih bertanding banyak kawasan cina juga lagi walaupun dah guna lambang PKR.

Itu yang kata tsunami Melayu akan berlaku tu?

Orang Melayu masih tak yakin DAP akan mampu mengekalkan kestabilan negara seperti mana sekarang.  Dia belum ada bukti mampu berlaku adil kepada semua kaum dalam negara ini saja, kalau satu kaum tu, semua orang percaya.

Diakhirnya, DAP ini sebenarnya dah macam Mahathir juga, ia bukan tentang apa yang dia cakap sebaliknya apa yang dia tak cakap dan itulah dia tentang tsunami Melayu ini yang sebenarnya – strategi agar undi cina jangan lari ke mana.

Cakap pasal Mahathir, aneh juga kenapa yang dipilih untuk mengerakkan tsunami Melayu ini adalah orang tua tu?  Mahathir bukan Melayu pun – orang kanan dia sendiri sahkan tu, nak tsunamikan orang Melayu macam mana?



One thought on “Mahathir Bukan Melayu Pun, Nak Tsunamikan Macam Mana?

  • April 24, 2018 at 8:52 pm
    Permalink

    Pelik

    Macamana bukan Melayu ini boleh jadi presiden parti Melayu dan menang 5 PRU berturut-turut 5 x

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *