Ketua AMK Kapar keluar PKR, cabar Azmin di Bukit Antarabangsa

Share


Keraguan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta gabungan pembangkang PKR negeri itu menyebabkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar, Ahmad Kamarudin nekad meletakkan jawatan dan bertindak keluar parti serta merta hari ini.

Menurut Ahmad, tindakan tersebut dibuat selepas mendapati terdapat banyak gejala rasuah dan kerosakan berlaku dalam pentadbiran Selangor selain salah laku yang dibuat Azmin sepanjang tempoh memerintah negeri itu.

Malah beliau secara terbuka mencabar Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei nanti selepas mengumumkan akan bertanding mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi kerusi tersebut.

“Saya nekad keluar PKR kerana mendapati perjuangan parti itu telah terkeluar dari landasan kerana dahulunya ia ditubuhkan atas garis panduan reformasi yang melaungkan anti Mahathir, tetapi sekarang hidup Mahathir.

“Barisan kepimpinan PKR juga meletakkan Tun Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dengan menggunakan logo PKR sedangkan PKR ditubuhkan kerana kezaliman yang dilakukan bekas Perdana Menteri Keempat itu” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad juga menyatakan bahawa beliau akan membuat laporan kegiatan rasuah Azmin di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada keesokkan hari namun tidak menyatakan secara khusus dokumen berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ketua-amk-kapar-keluar-pkr-cabar-azmin-di-bukit-antarabangsa-1.657071#ixzz5DZrU2xRc
© Utusan Melayu (M) Bhd



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *