Terdesaknya PPBM, sampai undang-undang pun dieksploitasi

Share

Tindakan peguam PPBM mendalangi pemfailan semakan kehakiman bagi membubarkan UMNO oleh sekumpulan individu semalam dilihat sebagai perbuatan mereka yang sangat terdesak.


Biarpun tahu tindakan itu tidak membawa ke mana, namun bagi tujuan mewujudkan persepsi memburukkan UMNO dan badan kehakiman, PPBM mempergunakan 16 individu berkenaan.


Bagi pengamal undang-undang yang juga bekas ahli DAP Kawasan Taman Chai Leng, Pulau Pinang, Shamser Singh Thind berkata, kes yang cuba dikemukakan tersebut pasti akan dibuang kerana melanggar Perlembagaan UMNO dan Akta Pertubuhan 1966.



Katanya, pertama, 16 orang ahli UMNO berkenaan hilang locus standi untuk memfailkan semakan kehakiman kerana mereka hilang keahlian dengan serta-merta menurut klausa 20.7 Perlembagaan UMNO.


Berdasar peruntukan itu, kata beliau, seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya. 


“Oleh itu, mereka sekarang adalah bekas ahli UMNO. Maka mereka hilang ‘locus standi’ untuk membuat tuntutan di atas (membubarkan UMNO).



“Kedua, menurut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa permohonan tentang keputusan yang dibuat parti politik berkenaan hal ehwal parti.


“Takkan peguam Dr. Mahathir (Haniff Khatri Abdulla) tidak tahu semua ini? Saja nak fail lah tu. Dan bila mahkamah menolak kes ini, macai-macai Pakatan akan kata hakim bodoh, hakim dedak, hakim kayu dan lain-lain,” katanya dalam sebuah kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini.


Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan 16 individu yang memfailkan semakan kehakiman tersebut telah dipecat serta merta berkuat kuasa hari ini. – UTUSAN ONLINE


2 thoughts on “Terdesaknya PPBM, sampai undang-undang pun dieksploitasi

  • April 21, 2018 at 21:33
    Permalink

    Thalaiva has spoken.

    Reply
  • April 22, 2018 at 01:41
    Permalink

    Aduhai Pakatan Harapan…mengapalah kau orang suka buat kerja sia2 yang membuang masa semua pihak. Damage is done dan penyokong2 mereka seronok sebelum kes ini berjawab. Dah berjawab secara soheh pun tetap BN salah jugak..ROS salah..mahkamah pun salah..16 batang gunting dlm lipatan pulak adalah mangsa penganiayaan.

    Reply

Leave a Reply