RAIS YATIM, KUDA TROJAN MAHATHIR, BERHENTILAH SEBAGAI PENASIHAT KERAJAAN

Share

Oleh Ab Jalil Backer

Saya mendapat maklumat bahawa Tan Sri Rais Yatim telah berpakat dengan Tun Mahathir untuk mensabotaj Barisan Nasional dari dalam.

Justeru, jalan terbaik buat Rais Yatim ialah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, dan keluar daripada UMNO supaya supaya kita dapat “beperang” secara terbuka.

Selama ini beliau menunjukkan diri sebagai seorang ahli politik yang berani dan berprinsip. Ini termasuk berani bakar jambatan ketika meninggalkan UMNO, dan berani bina jambatan dengan muka tidak malu untuk masuk semula ke dalam UMNO.

Justeru mengapa kali ini Rais begitu takut untuk melepas jawatan dan membakar jambatan sekali lagi? Apakah Rais tidak yakin PKR akan menang pilihan raya? Adakah Rais diugut oleh Mahathir?

Tindakan Rais secara berterusan mempertikaikan keputusan Pendaftar Pertubuhan membenarkan permohonan UMNNO untuk menangguhkan pemilihan sehingga April 2019 merupakan cubaan mensabotaj parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Rais tidak wajar memaksa Perdana Menteri dan UMNO memecat beliau. Jadi seorang ahli politik yang “gentleman”! Berhenti!

Rais mempunyai masa berbulan-bulan untuk mendapatkan maklumat dari Setiausah Agung UMNO mahu pun menyuarakannya secara terbuka. Namun beliau memilih ketika Parlimen dibubarkan dan parti sedang bersiap untuk menghadapi pilihan raya. Apakah ini bukan tindakan sabotaj dari dalam?

Adalah tidak adil kepada UMNO untuk Rais menggunakan kedudukan dalam kerajaan dan parti untuk mensabotaj Barisan Nasional ketika pilihan raya.

Rais juga gagal menjawab dua persoalan penting yang saya kemukakan dalam twitter beliau hari ini iaitu,

1. Fasal berapa dalam Akta Pertubuhan menyatakan Kuasa Pendaftar Pertubuhan tidak boleh melebihi mandat parti.

2. Benarkah beliau telah berkomplot dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Barisan Nasional?

Sebelum ini saya telah menulis artikel “MASALAH PEMILIHAN UMNO: TIDAK ADA KONSEP TERBUBAR ATAU HARAM SECARA AUTOMATIK” dan semalamnya “UMNO TIDAK SAH? RAIS SEMAKIN GILA mengapa tindakan Pendaftar Pertubuhan menangguhkan pemilihan UMNO adalah sah.

Rais masih hendak menegakkan benang basah. Manurut laporan Malaysiakini.com beliau menyuruh saya membaca membaca Fasal 10 Perlembagaan Umno serta Seksyen 13 dan 14 Akta Pertubuhan yang menyentuh pembatalan dan penggantungan sesebuah persatuan.

Jika beliau baca tulisan pertama saya tentu beliau faham saya telah merujuk Fasal 13A-17 mengenai kuasa RoS untuk membenarkan penangguhan. Ia jelas tindakan penangguhan pemilihan tersebut adalah kuasa budi bicara Pendaftar Pertubuhan.

Mengenai Fasal 10 Perlembagaan UMNO yang Rais sebutkan ia sebenarnya Fasal 10.16 yang menyatakan Majlis Tertinggi UMNO berhak menangguhkan Pemilihan UMNO tidak lebih daripada 18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan.

Apa yang Rais BERPURA-PURA tidak faham ialah penangguhan kedua ini tidak menggunakan Perlembagaan UMNO tetapi menggunakan kuasa budi bicara Pendaftar Pertubuhan yang tertera jelas dalam Fasal 13A Akta Pertubuhan.

Saya pasti Rais juga tahu bahawa Fasal 13 Akta Pertubuhan (Akta 335) menyatakan perkara-perkara yang membolehkan Pendaftar Pertubuhan membatalkan pendaftaran sesuatu pertubuhan dengan syarat melalui surat pemberitahuan dan tunjuk sebab.

Tidak ada fasal dalam Akta 335 yang menyatakan sesebuah parti yang gagal mengadakan mesyuarat pemilihan mengikut perlembagaan harus dibatalkan pendaftaran secara otomatik.

Jadi apa tujuan Rais menghasut dan cuba memalukan parti dalam pilihan raya umum ini kecuali untuk keuntungan Mahathir Mohamad.

Adalah amat memalukan untuk seorang penasihat sosio budaya menjadi kuda trojan Mahathir kali ini. Memalukan Rais menggunakan taktik kotor seperti dalam perang Greek. Rais bawa budaya apa?

Elok Rais lepaskan jawatan sebagai penasihat Kerajaan, keluar UMNO dan anda boleh sahaja menyerang Perdana Menteri dan UMNO sesuka hati.

Jangan takut dengan ISA kerana ini bukan zaman Mahathir. Tiada ahli politik ditangkap tanpa bicara dan tiada lagi ISA.

(Visited 23 times, 2 visits today)

7 thoughts on “RAIS YATIM, KUDA TROJAN MAHATHIR, BERHENTILAH SEBAGAI PENASIHAT KERAJAAN

  • April 21, 2018 at 22:41
    Permalink

    Senang cerita…bila rais ini bercakap dia bercakap atas nama madey kutty kerala

    Reply
  • April 22, 2018 at 00:29
    Permalink

    4  

    Surah Yaasin. Ayat 068.

    Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?

    Reply
  • April 22, 2018 at 09:09
    Permalink

    Masalah tak timbul kalau pemilihan dibuat ikut jadual seperti dalam Perlembagaan parti

    Nasi dah jadi bubur

    Reply
    • April 22, 2018 at 16:15
      Permalink

      RoS kata nasi tetap nasi tak mungkin jadi bubur jadinya tak timbul sebarang masalah cuma 2 ekor pencacai angkat berak madey je yang berada dalam UMNO cuba timbulkan masalah

      kerana 2 ekor pencacai angkat berak madey ini si tolol berjumlah 16 ekor telah terlucut keahlian UMNO secara otomatik kerana membuat laporan dakwa UMNO sebuah parti tidak sah…rais & pidah harus isytihar keluar dari UMNO jika 2 ekor musibat ini mempunyai maruah & tahu berlaku adil kerana ramai orang percaya si tolol 16 ekor itu tahu merasa ianya tidak adil bila mereka sahaja yang tersepak keluar tapi 2 ekor musibat itu tidak menyepak keluar diri sendiri dari UMNO

      Reply
  • April 22, 2018 at 14:15
    Permalink

    Rileks..dengar kabar Zaid Ibrahim pun sekarang dah jadi kuda trojan Umno dalam DAP he3..

    Reply
  • April 22, 2018 at 16:26
    Permalink

    bila dilabel trojan horse UMNO, nampaknya susah madey nak terima zaid sekiranya zaid mohon masuk ppbm apatah lagi nak masuk pkr….err lupa plak aku nak kata ppbm dah kena talkin, hehehehe….mungkin sesuai buat zaid masuk hindraf sebab dapat minum todi sama2 , lagi power wei

    Reply
  • April 24, 2018 at 06:35
    Permalink

    Udah udah la tu jalil… bukan aku tak kenal hang.. spender hang pun UMNO sponsor… Trojan horse yang sebenarnya adalah Jibby… sebab apa saja yang dia buat, hanya untuk memusnahkan UMNO !

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!