GST dan Penentang, Mari Kita Renung Sejenak Nikmat

Share

oleh Ab Jalil Backer

1. Saya sukar memahami sikap sebahagian rakyat yang membenci kerajaan kerana memperkenalkan GST untuk kepentingan mereka juga.

2. Zaman telah berlalu. Kerajan tidak boleh terus memberi perkhidmatan kesihatan murah, pendidikan percuma, pembangunan infra dan keselamatan kepada rakyat tanpa sistem cukai yang efisyen.

3. Mengapa marah Kerajaan yang hanya kenakan cukai 6% atas barangan dan perkhidmatan?(Terdapat lebih 500 barangan dan perkhidmatan tidak dikenakan GST)

4. Sebagai balasan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan subsidi yang hanya menjadi mimpi kepada rakyat di kebanyakan negara-negara jiran kita dan serantau yang mengenakan GST lebih tinggi.

5. Harga barang sentiasa naik dari sebelum pengenalan GST sehinggalah hari ini.

6. Namun pernah anda lihat ahli politik pembangkang marah kepada peniaga yang mengambil untung 30-40% untuk manfaat peribadi.

7. Tidak ada. Malah sebahagian mereka bersengkongkol dengan peniaga tamak dan “underworld” yang “melarikan” hak negara dalam bentuk cukai.

8. Lebih memalukan mereka menghasut rakyat supaya marah kepada kerajaan yang ambil 6% tetapi menyediakan pelbagai kemudahan dan keselamatan untuk rakyat.

9. Rakyat mahukan ketelusan dan keterbukaan. Namun apabila kerajaan mensyaratkan dipamerkan 6% caj GST dalam resit, mereka menggunakannya untuk membenci kerajaan.

10. Nyata rakyat tidak bersedia menerima ketelusan. Mereka lebih suka sistem lama walau kadar lebih tinggi. Masukkan sahaja diam-diam dalam harga barang.

11. Kepada penghasut dan mereka yang termakan hasutan membenci GST, mari kita duduk sebentar dan merenung. Bandingkan segala kemudahan percuma jalan raya, lampu jalan, pengangkutan awam, perubatan, pendidikan sekolah, keselamatan yang kita nikmati ini dengan jumlah GST yang kita bayar hari ini.

12. Adakah anda rasa anda terlebih bayar?

13. Saya percaya apa yang kita rakyat biasa bayar untuk GST ini umpama setitis air dalam lautan luas berbanding nikmat yang kita dapat dari perkhidmatan kerajaan.

14. Anda boleh menentang Barisan Nasional namun berlaku adillah kepada negara.

#GSTMalaysia #AJBGST

Leave a Reply