Dari Aktivis Alam Sekitar Kepada Aktivis Kapitalis

oleh Ab Jalil Backer

Salah satu faktor kemenangan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang adalah isu alam sekitar. Apabila mereka menjadi kerajaan, hampir kesemua aktivis alam sekitar mereka yang menang pilihan raya, terutamanya Miss E, telah menjadi aktivis kapitalis.

Mereka menjadi juara merosakkan alam sekitar. Di Selangor mereka menggalakkan perlombongan pasir dikomersialkan secara besar-besaran; yang suatu ketika dulu mereka tentang habis-habisan.

Di Pulau Pinang, mereka menggondolkan bukit, menambak laut dan mahu membina terowong dasar laut.

Mereka “merogol” alam sekitar sesuka hati atas nama ringgit dan bilion.

Hari ini #ManifestoBNPulauPinang menawarkan BN menghentikan pembangunan kawasan bukit dan lereng bukit serta merta di kawasan melebihi 250 kaki dari paras laut, serta mewartakan kawasan melebihi 250 kaki dari paras laut sebagai kawasan hijau kekal.

Sekiranya menang BN Pulau Pinang juga akan membatalkan projek terowong dasar laut yang menjadi skandal kewangan dan alam sekitar terbesar negara.

Leave a Reply