Mahathir Tidak Yakin Akan Menang, Mula Mencipta Alasan

Sebaran :

Tulisan terbaru Tun Mahathir jelas menunjukkan bekas Perdana Menteri tersebut terdesak dan mengetahui beliau akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Keterdesakan tersebut jelas sehingga mendakwa “Najib berada dalam keadaan cemas. Sentimen rakyat 90% menolak Najib. Mereka tidak akan undi BN dalam PRU 14.” Namun di sebalik dakwaan 90% rakyat bersama beliau, Mahathir mendakwa akan kalah dalam pilihan raya kerana Perdana Najib Razak akan menipu dalam pilihan raya.

Namun Mahathir menulis penipuan ini boleh dibantut oleh rakyat dengan keluar mengundi lebih dari 85% pengundi dalam tiap-tiap kawasan pilihanraya. Ini sangat mengelirukan. Beliau menulis 90% rakyat menyokong beliau tapi akan kalah dalam pilihan raya kerana Najib Razak menipu. Kemudian beliau mendakwa boleh menang jika 85% pengundi keluar mengundi.

Yang mana satu, Najib Razak menipu dalam pilihan raya atau beliau boleh menang pilihan raya jika peratus keluar mengundi mencecah 85%? Lagi pun kalau benar beliau dapat sokongan 90% rakyat, 40% keluar mengundi pun beliau sudah menang. Jelas Mahathir sedang berhalusinasi atau sedang menyedia alasan kekalahan.

Mahathir mungkin lupa tidak seperti pada zamannya yang boleh menipu kad pengenalan dan kertas undi, sistem pengundian hari ini sudah canggih dan sangat teliti. Selain senarai daftar pemilih sudah dipamerkan sejak enam bulan lalu, mykad negara juga mempuyai ciri-ciri yang sukar ditipu dan setiap mereka yang mengundi akan ditanda sebagai telah mengundi di jari tengah dengan dakwat kekal sehari.

Apa yang Mahathir ketinggalan zaman lagi, ialah jumlah kertas undi dan undian juga dibuat ditempat mengundi bukannya di tempat perjumlahan undi pusat seperti dahulu. Ia dibuka dan di kira di hadapan wakil-wakil calon bertanding.

Mahathir juga menuduh Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengecut dan “mencuri” pilihan raya kerana menetapkan hari pengundian pada hari bekerja. Mahathir mungkin hilang ingatan sehingga lupa bahawa hari pengundian ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Apakah dahulunya Mahathir yang menentukan hari pengundian?

Mahathir juga berkata zaman beliau dulu bila pengundian pada hari bekerja, kerajaan akan mengisyitharkan cuti umum. Hari ini Najib Razak telah isytiharkan Rabu 9 Mei 2018 sebagai cuti umum bagi membolehkan rakyat keluar mengundi. Sekarang siapa pengecut?

Sebenarnya Mahathir tahu beliau akan kalah. Jadi beliau menyediakan pelbagai alasan awal untuk menjaga air muka dan maruahnya.

Mengapa Mahathir masih mahu membuang masa bertanding jika merasakan pilihan raya ini satu penipuan? Elok PKR boikot sahaja dan benarkan Pas bertanding sebagai pembangkang tunggal.

Mahathir tahu kekuatan mereka hanyalah dalam media sosial, kalangan kaum Cina dan Melayu elit di bandar. Ini merangkumi sekitar 35% pengundi sebenar. Atas sebab itu juga, sehingga hari ini Mahathir tidak membuat keputusan untuk bertanding di mana.

Mereka menyebarkan khabar angin beliau akan bertanding di Kubang Pasu dan Langkawi. Apakah penduduk Kubang Pasu dan Langkawi akan mengundi wakil rakyat yang tidak mampu menjaga kepentingan mereka; dan sekadar menjadi alat DAP dan ahli perniagaan di Kuala Lumpur?

Maka untuk memastikan beliau menang, kemungkinan besar Mahathir akan memilih Kuala Lumpur atau Selangor sebagai tempat bertanding kali ini.-MYKMU.NET


Sebaran :

Leave a Reply