Kegilaan Rafidah Aziz

Share

oleh Ab Jalil Backer

Rafidah Aziz membuat beberapa pertanyaan berupa pertuduhan yang membabitkan tanah ATM yang agak teknikal dan gaya bahasa semberono menyukarkan kita faham apa isu sebenarnya.

Apa yang ditulis oleh Rafidah belum tentu benar.

Hakikatnya Rafidah mempunyai lebih 10 tahun untuk membawa isu ini. Namun tindakan beliau mendedahkan selepas Parlimen dibubarkan adalah bukti jelas niat jahat.

Ini semua hanyalah taktik menyerang Najib Razak pada saat akhir untuk membantu Mahathir. Benar atau salah tidak lagi penting.

Rafidah yang terhutang budi kerana Mahathir kerana pernah menyelamatkan menantunya, kini sedaya upaya mahu membalas jasa Mahathir.

Pada mereka yang rasional satu sahaja persoalan yang boleh mereka fikirkan.

Jika semua dakwaan Rafidah Aziz itu benar dan ada unsur rasuah, maka adalah tanggungjawab beliau sebagai warganegara Malaysia untuk membuat laporan SPRM.

Namun Rafidah tahu membuat laporan palsu boleh menyebabkan beliau didakwa.

Beliau juga hanya mahu mewujudkan keraguan terhadap Najib dalam pilihan raya ini bagi mengalahkan Barisan Nasional.

Semoga bila mati nanti Rafidah akan mendapat “syafaat” Mahathir Mohamad.

Hishammuddin menjawab tuduhan Rafidah Aziz (Video)

Siapa Rafidah pertikai keputusan ROS?

Leave a Reply