Hina Kaum India: Nasib Baik Ada MIC, Harap Mahathir, Memang Macam Itulah Selamanya

Share


Samy – kiri sekali
BERLAWANAN dengan apa yang Mahathir kata, MIC sebenarnya adalah pihak yang menjaga hak masyarakat India lebih dari Mahathir menjaga hak kaum itu selama menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Malah, Tun Samy Vellu yang disalahkan Mahathir atas kegagalan sendiri, sebenarnya lebih patriotik dari Mahathir itu pun.  Ketika era konfrantasi dengan Indonesia, Samy ialah orang India tunggal yang berani masuk ke kedutaan Indonesia dan mencabut bendera negara itu digantikan dengan bendera Malaysia.

Entah kenapa walaupun darah yang mengalir dalam badannya adalah sebahagian besarnya berasal dari kaum itu – mengikut kepada keturunan bapanya, Mahathir mengakui tidak mengendahkan nasib kaum India sepanjang tempoh yang panjang tersebut, cuma dia menyalahkan MIC kerananya.

Biasalah Mahathir, apa benda salah yang dia pernah mengaku?

Yang betulnya, nasib baik ada MIC memperjuangkan nasib masyarakat tersebut sejak merdeka dan sepanjang 22 tahun Mahathir memerintah, tidaklah masyarakat India ketinggalan jauh sangat di belakang.

Ramailah lawyer, engineer, doktor dan sebagainya dari kalangan masyarakat India hari ini hasil perjuangan MIC.

Hinaan terbaru Mahathir kepada kaum India baru-baru ini dengan memanggil mereka sebagai “keling”, membuktikan tidak ada apa yang berubah dengan Mahathir dari sudut itu.  Mungkin budaya kasta yang mengalir dari sebelah keturunan ayahnya begitu mendalam sehinggakan di usia yang sangat mereput ini pun, tidak berhenti Mahathir menghinakan masyarakat India.

Sampai masanya masyarakat India menolak Pakatan kerana jelas pemimpin India dalam Pakatan tidak ramai bersuara bagi membantah Mahathir sekalipun dihina dalam terang. HINDRAF yang konon begitu radikal dalam mempertahankan masyarakat India itupun tidak berbunyi juga.  Tapi bila difikir balik HINDRAF kini bersama Pakatan, boleh fahamlah.

Cuba kalau pemimpin BN yang buat macam itu tu, tak sempat siang dah macam-macam cercaan dilemparkan – pedulilah asal usul tempat ka, panggil begitu dari kecik ka, tak siapa yang hairan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *