Azmin dan Wan Azizah sindir Mahathir

Share


Pada pelancaran jentera PRU14, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan terdapat ‘seseorang’ yang meramalkan PKR tidak akan mampu bertahan lebih dari enam bulan dari waktu ia ditubuhkan pada 1998.

“Ada yang keluar kenyataan kata kita hanya boleh bertahan enam bulan. Dan orang yang menyatakan akan menggunakan lambang PKR dalam PRU14,” kata Azmin.

Walaupun Azmin tidak menyebut nama orang itu, ia jelas merujuk kepada kenyataan Pengerusi HARAPAN Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu bahawa semua calon BERSATU, DAP dan AMANAH akan bertanding di bawah logo PKR pada PRU14 ini.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkongsi pengalaman beliau menyaksikan Mahathir memakai logo PKR di bajunya dalam suatu majlis di Pasir Gudang, Johor.

“Saya nak kongsi cerita bila mantan perdana menteri, yang dulu kita panggil dia nama macam-macam, setuju untuk pakai lambang PKR.

“Kebetulan saya ada lencana PKR dalam handbag. Saya keluarkan letak atas meja depan dia. Dia ambil dan lekatkan pada baju.

“Terus saya suruh Tian Chua ambil video jadi kita ada kenangan Tun Mahathir memakai lencana PKR,” kata Wan Azizah

sumber Mkini



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *