Najib Semalam Bentang Manifesto, Bukan Bajet, Apa Kaitan Caretaker Govt?

Share

SEBUAH portal berita pro Pakatan semalam, dalam reaksi segera mereka terhadap pembentangan Manifesto BN untuk PRU14 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Jalil, mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri boleh memberikan sebegitu banyak berita baik dalam Manifesto tersebut – disebalik status kerajaan sekarang yang bersifat “caretaker govt”.

Antaranya, kenaikan BR1M sehingga RM 2,000, pemberian one off RM 1,500 kepada anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi, wujud 3 juta peluang pekerjaan dan sebagainya.

Ini bodoh macam mana punya persoalan? Yang dibentangkan semalam adalah Manifesto bukannya Bajet.  Apa kena mengena dengan caretaker government atau tidak?

Nasib baik majoriti rakyat Malaysia ini masih cerdik melihat kepada ramai yang menghentam pemberitaan yang semacam itu sekali pun ruangan komen dibawah tu penuh dengan “robot” yang menyokong persoalan tidak berasas itu.

Penulis rasa pun portal berita yang berkenaan bukan bodoh sangat nak membangkitkan perkara tersebut tapi sebab carrot Mahathir dah masuk disamping terlalu banyak “lebih” dalam Manifesto yang Najib bentang semalam berbanding Manifesto Pakatan, maka sesuatu perlu dibuat untuk mengalih perhatian rakyat dari termimpi-mimpikan manifesto tersebut sampai hari mengundi esok.

Apatah lagi ini Najib yang kita cakap.  Rekod menunjukkan belum ada lagi janji beliau yang tidak ditepati, kalau bukan sebab dah dilaksanakan atau dalam perancangan, pasti yang tidak terlaksana itu adalah kerana masalah luar jangka serta sabotaj dari kerajaan negeri Pakatan.

Contoh macam nak laksanakan perumahan rakyat dibawah PR1MA di negeri yang Pakatan perintah.  Inilah yang menyumbang kepada 0.6% dari janji dalam manifesto PRU13 yang masih gagal dilaksanakan sehingga sekarang.  Baki 99.4% yang lain telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

2 thoughts on “Najib Semalam Bentang Manifesto, Bukan Bajet, Apa Kaitan Caretaker Govt?

  • April 8, 2018 at 18:41
    Permalink

    Itulah sebabnya mereka tak mampu urus parti pun tak faham beza budget dgn manifesto pun.Budget jadi undang-undang manifesto hanya janji kalau kalah tak terpakai lah.

    Reply

Leave a Reply