#ManifestoBN PRU-14: Untuk anak muda

Share


Menyediakan anak muda Malaysia berusia di bawah 30 tahun dengan pekerjaan atau latihan bersesuaian untuk mendapat kerja dalam tempoh 6 bulan.

Menambah jumlah Rumah Transit Belia 1Malaysia kemudahan kepada belia yang baru bekerja.

Meningkatkan kebolehpasaran graduan menganggur melalui program Apprenticeship Malaysia dalam 5 industri rintis.

Mewujudkan penambahan 50,000 peluang pekerjaan TVET, melalui TVET Bootcamp (3 hingga 6 bulan) yang dirangka bersama bakal majikan.

Meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan amali berstruktur (internship) dan kemahiran insaniah kepada pelajar-pelajar universiti awam.

Memperkasa pelajar-pelajar lepasan Maahad Tahfiz melalui program keperantisan dan pemadanan latihan amali berstruktur di syarikat-syarikat berasaskan industri halal.

Menganjurkan kelas seni dan program sukan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah di Projek Perumahan Rakyat dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Memperkasa peranan belia dalam pembangunan negara dengan mencerna idea dasar baru. Yang terbaik (melalui aplikasi MyCadang) akan dipilih untuk

pembentangan bulanan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.

Menyediakan dana tahunan untuk setiap idea terbaik bagi 10 aspirasi utama dalam Kanvas Belia TN50.

Memperhebat program MyLESEN dengan menyediakan subsidi untuk mengambil lesen motosikal kelas B2.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.barisannasional.org.my


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *